Satu Laporan Polis

KUALA LUMPUR 5 Mac. - Satu laporan polis dilakukan terhadap empat individu yang didakwa berkomplot dengan pengarang Sarawak Report,Clare Rewcastle-Brown berhubung dakwaan pembayaran penyelesaian saman RM1.4 juta membabitkan Presiden Pas,Datuk Seri Abdul Hadi Awang di luar mahkamah.

Laporan polis tersebut dilakukan oleh Pergerakan Malaysiaku Tanah Airku kira-kira pukul 12.00 tengah hari di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya,Selangor hari ini.

Ketuanya, Raggie Jessy Rithaudeen berkata, laporan itu dibuat terhadap Pengerusi Baru Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) Datuk Rameli Musa, Peguam Rewcastle-Brown, Americk Singh Sidhu, Pengurus Maybank Jalan Tun Razak dan Bank Negara.

Ujarnya, kesemua individu ini dikatakan mengetahui transaksi kewangan RM1.4 juta yang didakwa dibayar oleh Abdul Hadi sedangkan sebenarnya penyelesaian kes antara mereka tidak membabitkan sebarang kos.

"Sehubungan apa yang didakwa oleh Clare adalah satu pembohongan yang mana, mereka tahu pembayaran itu tidak membabitkan kes saman terhadap Abdul Hadi sebaliknya wang itu adalah pembayaran lain daripada Rameli menerusi peguamnya untuk mengelak Clare membayar cukai."

“Oleh itu,pihak polis digesa melakukan siasatan berhubung perkara ini kerana ternyata perkara tersebut menyalahi undang-undang negara ini kerana transaksi itu tiada pengesahan bank negara serta bank pusat di United Kingdom,” katanya ketika ditemui di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

[VIDEO] NGO lapor polis dakwa Clare terlibat pengubahan wang haram http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/video-ngo-lapor-polis-dakwa-clare-terlibat-pengubahan-wang-haram-1.854149#.XH5jMbncBtI.whatsapp

#Sebarkan
#Share
#SilaShare

No comments:

Post a Comment

Hikmah Soleh

Siapa yang memperbaiki keadaan dirinya dikala dalam keadaan sunyi maka Allah swt akan perbaiki dirinya dikala dalam keadaan ramai, siapa yan...