Mengharap Syafaat

TANYALAH USTAZ TV9 14.11.2018 (Da'i Aiman&Ustaz Mohd.Elyas Ismail) *MENGHARAP SYAFAAT* •••••••••••••••••••••••••••••••••• Kita mengharapkan syafaat dan dapat berjiran dgn Nabi dalam syurga. Selain dari syafaat Nabi ada juga syafaat² lain. Syafaat satu perkara yg penting di akhirat. SYAFAAT IALAH MENOLONG ORG LAIN DGN TUJUAN MENARIK MANFAAT DAN MENOLAK BAHAYA. Sungguh pun org itu berdosa tapi masih ada kalimah tauhid akan dapat pertolongan. MASUK SYURGA BUKAN KERANA AMALAN TAPI KERANA RAHMAT ALLAH. APAKAH HAKIKAT SYAFAAT? Syafaat ialah menolong org lain BENTUK² SYAFAAT: Memberi ketenangan dari hiruk pikuk di akhirat. Nabi boleh masukkan seseorang masuk syurga tanpa hisab. Nabi boleh keluarkan org dalam neraka. Nabi boleh keluarkan kaum yg sedang diazab. Nabi boleh angkat tingkat syurga pada sesiapa yg Nabi pilih. KITA DAH SEDEKAH PADA ORG TAPI DALAM HATI NAK MINTA BALASAN CTH NAK SYAFAAT RASULULLAH BOLEHKAH NIAT MACAM TU? Apa juga amal soleh yg kita buat tak salah kita nak minta balasan atau pahala. Ubatilah seseorang dgn bersedekah. Sedekah itu satu penawar. Masa sedekah kita boleh niat minta kesembuhan,boleh tak jadi masalah. Di hari akhirat puak neraka berbaris panjang,puak ahli syurga lalu disitu dan mereka tengok puak² ahli neraka dan ada yg mereka kenal dan pernah bersama dan pernah tolong mereka dan ahli syurga minta Allah utk bersama dgn sahabat yg dia kenal itu. Allah izinkan. KITA BUAT BAIK PADA ORG,ITU JUGA SALAH SATU UTK MERAIH SYAFAAT. DI DUNIA KITA TAK NAK IKUT NABI DAN MELAWAN HADIS NABI,BOLEHKAH KITA DAPAT SYAFAAT NABI JIKA DI DUNIA TAK IKUT NABI? Dalam Al~Quran ada perintah berkembar. Taat pada Allah taat pada Rasul. Dirikan solat dan tunaikan zakat. Tak boleh hanya taat Allah tapi tak taat Rasul. Tak boleh bayar zakat tapi tak solat. Taat Allah tapi tak taat ibubapa,tak boleh. Kata² Nabi adalah wahyu dari Allah. Tak boleh tolak hadis Nabi. Jika tolak hadis Nabi bermakna tolak Allah. NAK DAPAT SYAFAAT NABI MESTI TAAT ALLAH DAN TAAT NABI. ADA ORG HANYA SELAWAT DALAM SOLAT SAHAJA,APAKAH BOLEH DAPAT SYAFAAT NABI? Selawat boleh mengundang syafaat Nabi. Org yg perbanyakkan selawat akan dapat syafaat Nabi. Org yg tak selawat pada Nabi ruginya sangat banyak. Muka Nabi bercahaya dan beruntung sesiapa yg dapat melihat cahaya wajah Nabi. Org² yg apabila nama Nabi disebut dan tak selawat semula,org ini tak nampak cahaya diwajah Nabi. ORG YG BANYAK SELAWAT PADA NABI HIDUP JADI TENANG. اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ BETULKAK ANAK YG MENINGGAL SEBELUM BALIGH DAPAT BERI SYAFAAT PADA IBUBAPANYA? Walau seseorang itu banyak dosa dan ada iman dalam hatinya,dia akan layak ke syurga. Dia akan dimasukkan dulu ke dalam neraka. Dan akhirnya dimasukkan juga ke dalam syurga. Anak yg soleh juga boleh bawa ibubapanya ke syurga. Allah angkat darjat seseorang dalam syurga tapi dia bertanya pada Allah bagaimana Allah boleh angkat darjatnya. Allah kata inilah istighfar dari anak yg soleh. APAKAH LAYAK SESEORANG DAPAT SYAFAAT AL~QURAN SEDANGKAN DIA TAK FAHAM MAKNA AL~QURAN? Ada ketagori manusia yg syurga merinduinya iaitu org yg rindu Ramadan,org yg menjaga lidah,org yg suka belanja org makan,org yg asyik dgn Al~Quran. Mudah²an org yg baca Al~Quran juga akan dapat syafaat. Mak ayah yg didik anak² hafal Al~Quran juga akan dapat syafaat. Semangatlah mengasuh anak² hafal Al~Quran. Anak² yg hafal Al~Quran akan dipakaikan diatas kepalanya mahkota dan ibubapa diberi perhiasan yg tak boleh dinilai. Ada ibuayah yg hantar anak² ke sekolah tahfiz tapi tak tutup aurat,mudah²an ibuayah akan dapat hidayah dgn hasbab anak² yg hafal Al~Quran. BOLEHKAN KITA DAPAT SYAFAAT DARI ORG² SOLEH DAN ANAK YG BACA AL~QURAN APAKAH IBUBAPA YG MENINGGAL JUGA DAPAT PAHALA? Di akhirat org yg paling sibuk sekali ialah org yg beriman. Mereka mengadap Allah dan berkata Ya Allah ini semua org yg berpuasa dgn kami,beribadat haji dgn kami. Mereka merayu pada Allah. Dan dgn rahmat Allah,keluarkanlah sesiapa yg kau kenal dari dalam neraka. SEBAB ITU DALAM HIDUP KITA BERKAWANLAH DGN ORG YG BAIK². Org yg baik² itu akan jadi saksi di akhirat. BERDAMPING DGN ORG SOLEH AKAN DAPAT KEBAIKAN DI AKHIRAT KELAK. Jgn sesekali pandang lekeh pada para ulamak. SAYA SEORANG IBU TUNGGAL DAN ADA ANAK ISTIMEWA YG BARU MENINGGAL,APAKAH SAYA DAPAT SYAFAATNYA DI AKHIRAT KELAK? Anak² yg meninggal sebelum baligh,mereka ialah wildan syurga(pelayan² syurga). Dia akan tunggu mak ayahnya sekali bersama~sama masuk syurga. ANAK² YG BERIMAN DIJUMPAKAN SEMULA DGN MAK AYAHNYA. Dgn syarat kena beriman. In Shaa Allah anak istimewa itu akan tunggu ibuayahnya sama² masuk syurga. SAYA ADA IBU KANDUNG DAN IBU ANGKAT,SAYA SELALU BUAT AMALAN SIAPAKAH YG DAPAT PAHALA AMALAN SAYA? Amalan seseorang anak ada kaitan pada ibubapanya. Istighfar dari seorang anak dapat mengampunkan dosa mak ayah. Kita boleh minta ampun utk diri sendiri,ibubapa dan muslim muslimat. Pakejkan sekali masa kita berdoa. Org yg suka minta ampun bagi pihak org lain,dosa org itu diampunkan,dosa org yg berdoa juga diampunkan dan diAamiinkan oleh para malaikat. MALAIKAT ATAU NABI YG NAK BERI SYAFAAT DGN IZIN ALLAH. MALAIKAT BOLEH BERI SYAFAAT CTH MALAIKAT JIBRIL TERBANG ROUND DALAM SYURGA DAN ROUND DALAM NERAKA TERDENGAR ADA SUARA SEBUT يَا حَيُّ يَا قَيُّوْم DALAM NERAKA. MALAIKAT JIBRIL JUMPA MALAIKAT MALEK(Penjaga pintu neraka). MALAIKAT MALEK JUMPA MALAIKAT ZABANIAH(penyiksa)UTK TANYA SIAPA DI DALAM NERAKA YG SEBUT يَا حَيُّ يَا قَيُّوْم TAPI TAK JUMPA. MALAIKAT JIBRIL JUMPA ALLAH DAN CERITAKAN APA YG DIA DENGAR. ALLAH KATA DIMANA TEMPAT TERDENGAR ZIKIR ITU. RUPANYA ADA SEORANG YG DUDUK TERLANGKUP PENUH DGN ULAR DAN KALA JENGKING GIGIT DIA. SETIAP KALI DIA KENA SAKIT DIA SEBUT يَا حَيُّ يَا قَيُّوْم MALAIKAT JIBRIL GONCANG ORG ITU DAN TERCABUT ULAR DAN KALA JENGKING. MALAIKAT JIBRIL BERIA NAK LEPASKAN ORG ITU KERANA ZIKIR YG ORG ITU SEBUT. APAKAH AMALAN² NAK DAPAT SYAFAAT NABI? Antara amalan yg dapat syafaat Nabi ialah: 1)Org yg sentiasa membaca doa selepas azan. 2)Jenazah yg disembahyangkan 100 org. APAKAH SABAR KETIKA DITIMPA UJIAN DAPAT SYAFAAT DI AKHIRAT KELAK? Org yg sabar dapat pahala yg tak terhitung. Nabi sebut sabar dgn bersungguh~sungguh ketika menghadapi kesusahan di Madinah akan dapat syafaat Nabi di akhirat kelak. SESIAPA YG BOLEH BERSABAR KETIKA BERADA DI MADINAH AKAN LAYAK DAPAT SYAFAAT NABI. SAHABAT NABI MINTA DIKURNIAKAN SYAFAAT. SAHABAT NABI TANYA MACAMANA NANTI NAK CARI NABI. NABI KATA CARILAH AKU DIATAS SIRAT, DI TIMBANGAN DAN TELAGA KAUSAR. MARILAH KITA SALING BERBUAT BAIK SESAMA KITA,BERMAAFAN SESAMA KITA. MUDAH²AN KITA BOLEH TOLONG MENOLONG SESAMA KITA NANTI DI AKHIRAT. #InShaaAllah_Aamiin #BiarTahuJanganKeliru

No comments:

Post a Comment

Hikmah Soleh

Siapa yang memperbaiki keadaan dirinya dikala dalam keadaan sunyi maka Allah swt akan perbaiki dirinya dikala dalam keadaan ramai, siapa yan...