Hukum Kafir

*Orang yang Mencela Rasulallah Dihukumkan Kafir Dengan Sepakat Ulama* Ketahuilah bahawa mencela dan mencaci serta memperlekeh akan Rasulallah صلى الله عليه وسلم adalah suatu kekufuran. Si pencela itu pula menjadi kafir dan keluar dari agama Islam dengan ijmak. Allah berfirman: (مَن كَانَ عَدُوࣰّا لِّلَّهِ وَمَلَـٰۤىِٕكَتِهِۦ وَرُسُلِهِۦ وَجِبۡرِیلَ وَمِیكَىٰلَ فَإِنَّ ٱللَّهَ عَدُوࣱّ لِّلۡكَـٰفِرِینَ) Mafhumnya: "Sesiapa memusuhi Allah dan para malaikat-Nya dan para rasul-Nya, dan Jibril dan Mika'il, (maka dia akan diseksa oleh Allah) kerana sesungguhnya Allah Tidak meredai orang-orang kafir". (Surah al-Baqarah, ayat 98). Allah berfirman: (وَلَىِٕن سَأَلۡتَهُمۡ لَیَقُولُنَّ إِنَّمَا كُنَّا نَخُوضُ وَنَلۡعَبُۚ قُلۡ أَبِٱللَّهِ وَءَایَـٰتِهِۦ وَرَسُولِهِۦ كُنتُمۡ تَسۡتَهۡزِءُونَ) Mafhumnya: "Dan jika engkau bertanya kepada mereka tentulah mereka akan menjawab: "Sesungguhnya kami hanyalah berbual dan bermain-main". Katakanlah: "Patutkah nama Allah dan ayat-ayat-Nya serta rasul-Nya kamu memperolok-olok dan mengejeknya?". (Surah al-Taubah, ayat 65). Dalam Raudit-Tolib oleh al-Imam Zakariyya al-Ansori al-Syafi`i dalam menerangkan apa yang dikafirkan, katanya: ".. atau menghina seseorang nabiy dengan kejian atau selainnya". Intaha. Di dalam Tabsiratul-Hukkam fi Usulil-Aqdiyah wa Manahijil-Ahkam oleh al-Qadi Burhanud-Din Ibrahim ibn Farhun al-Maliki ada dinyatakan: "Fasal: Dan begitu juga hukum mencela para nabiy (iaitu bahawa itu juga sebahagian daripada kekufuran). Al-Qadi `Iyad telah berkata: "Barangsiapa yang mengeji Nabiy atau mengaibkan baginda atau mempersendakan diri baginda... atau agama baginda atau satu sifat daripada sifat-sifat baginda atau mensasarkan baginda atau menyamakannya dengan sesuatu dengan cara menghina atau merendahkan martabat baginda atau mengaibkannya maka dia adalah seorang pencaci, samada secara zahir atau terang-terangan.... Dan ini adalah ijmak ulama dan para ulama mujtahid ikutan dari zaman sahabat hingga seterusnya". Intaha. Dalam kitab Raddul-Muhtar `alad-Durril-Mukhtar oleh Ibn ‘Abidin al-Hanafi ada dinyatakan: Ibn Sahnun al-Maliki berkata: "Kaum muslimin telah sepakat bahawa orang yang mencela Nabiy adalah kafir". Intaha. Disediakan oleh: *Kajian Ilmiah Ahlus Sunnah (KIAS)* https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2732450490113539&id=1329629520395650

No comments:

Post a Comment

Hikmah Soleh

Siapa yang memperbaiki keadaan dirinya dikala dalam keadaan sunyi maka Allah swt akan perbaiki dirinya dikala dalam keadaan ramai, siapa yan...