Sultan Ibrahim Murka Isu Pembuangan Kimia

INSIDEN PENCEMARAN BAHAN KIMIA: SULTAN IBRAHIM MAHU PIHAK BERKUASA AMBIL TINDAKAN TEGAS DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar murka dan kesal terhadap mereka yang didapati terlibat dalam kes pembuangan bahan kimia ke dalam Sungai Kim Kim di Pasir Gudang sehingga memberi kesan buruk kepada murid, pelajar sekolah serta orang awam. Baginda Tuanku Sultan bertitah mahu pihak berkuasa melakukan siasatan secara menyeluruh terhadap insiden itu, pada masa sama melahirkan penghargaan terhadap pasukan perubatan yang bertungkus-lumus memberikan rawatan kepada mereka yang dimasukan di Hospital Sultan Ismail (HSI). “Disebabkan perbuatan pihak tidak bertanggungjawab, ratusan orang termasuk murid serta pelajar sekolah terpaksa dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan susulan. Malah ada yang bertarung nyawa dalam ICU! “Ini adalah rakyat saya dan saya tidak akan membenarkan perkara ini melarat. Saya menggesa semua pihak berkuasa kerajaan untuk segera menangkap dan menghukum pelakunya. “Saya berasa amat sedih apabila melihat ramai yang merana akibat tindakan mereka yang tidak berperikemanusiaan. Bukan sahaja kanak-kanak tetapi juga orang dewasa yang hanya melakukan tugas – seperti pemandu ambulans, pekerja kantin sekolah," titah Baginda kepada Royal Press Office hari ini (12 Mac). Baginda Tuanku Sultan bertitah menasihatkan orang ramai khususnya penduduk di sekitar kawasan kejadian supaya sentiasa berhati-hati dan segera mendapatkan rawatan jika berasa kurang sihat. “Sekolah juga tidak harus dibuka selagi keadaan tidak benar-benar selamat untuk pelajar dan guru. Kurangkan juga seberapa banyak pergerakan di luar,” titah Baginda Tuanku Sultan. #SultanJohor #royalpressoffice #Johor Credit: Penulis Sumber: Whatsup nP

No comments:

Post a Comment

Hikmah Soleh

Siapa yang memperbaiki keadaan dirinya dikala dalam keadaan sunyi maka Allah swt akan perbaiki dirinya dikala dalam keadaan ramai, siapa yan...