Keluarga Adib fail afidavit

*[4-3 8:19 PM] #JohoRespondTeam🇲🇾🇧🇳*

*KPKT, keluarga Adib fail afidavit bantah permohonan gantung sementara inkues*

*ProjekMM - All*
""""""""""""""""""""""""""
*PUTRAJAYA, 4 Mac — Kemterian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta keluarga anggota bomba yang meninggal dunia Muhammad Adib Mohd Kassim, telah menfail afidavit bagi membantah permohonan jawatankuasa bertindak bagi Menyelamatkan Kuil Sri Maha Mariamman Seafield untuk menggantung inkues kematian anggota bomba itu sementara menunggu pendengaran rayuan.*

Afidavit itu difailkan secara berasingan minggu lepas sebagai menyokong permohonan Jabatan Peguam Negara bagi membantah permohonan jawatankuasa itu untuk menggantung sementara inkues.

Peguam jawatankuasa itu M. Visvanathan memberitahu panel tiga anggota bahawa beliau menerima afidavit berkenaan pagi ini yang difailkan secara berasingan oleh peguam Kementerian, Syazlin Mansor dan peguam Kamaruzaman A. Wahab.

Beliau memohon mahkamah memberikan masa kepada mereka untuk menfail afidavit balas kerana menurutnya afidavit itu belum pernah berlaku sebelum ini dimana ia difail oleh mereka yang berkepentingan bagi membantah kehadiran pihak yang juga berkepentingan dalam inkues.

Visvanathan berkata afidavit itu mempersoalkan kedudukan jawatankuasa berkenaan dari segi undang-undang, untuk mengambil bahagian dalam inkues.

Panel yang terdiri daripada Hakim Datuk Umi Kalthum Abdul Majid, Datuk Harmindar Singh Dhaliwal dan Datuk Stephen Chung Hian Guan menangguhkan pendengaran dua permohonan yang dijadualkan hari ini.

“Kami menangguhkan kedua-dua usul itu ke satu tarikh yang akan ditetapkan, untuk didengar bersama dengan dengan rayuan. Pihak-pihak yang berkenaan sementara itu dibenarkan menfail sebarang afidavit seterusnya jika perlu,” kata kata Hakim Umi Kalthum yang mempengerusikan panel.

Ia adalah permohonan oleh jawatankuasa berkenaan untuk menggantung sementara inkues kematian Muhammad Adib sementara menunggu rayuan (jawatankuasa berkenaan) terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 8 Feb lepas yang membenarkan keputusan Mahkamah Koroner mengenepikan permohonan jawatankuasa bertindak itu untuk menjadi pemerhati semasa inkues.

Satu lagi permohonan dibuat oleh Pejabat Peguam Negara yang memohon untuk mengenepikan rayuan jawatankuasa itu.

Timbalan Pendakwa Raya Datuk Mohd Dusuki Mokhtar membantah permohonan Visvanathan untuk menfail afidavit balas kerana afidavit itu tidak menyebut penglibatan penganut agama Hindu.

Pada 8 Feb Mahkamah Shah Alam menolak rayuan jawatankuasa bertindak kuil itu bagi mengenepikan keputusan Mahkamah Koroner yang menetapkan mereka tidak mempunyai apa-apa kepentingan dalam inkues yang sedang berlangsung.

Pada 31 Jan Koroner Rofiah Mohamad menolak permohonan oleh jawatankuasa bertindak itu sebagai pihak yang berkepentingan dalam inkues berkenaan, dengan alasan ia tidak mempunyai kepentingan yang jelas, substantif dan munasabah.

Muhammad Adib, 24, yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan Jabatan Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, parah selepas dipercayai diserang dan dipukul perusuh dalam kejadian kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman pada 27 Nov lepas.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara pada 17 Dis.

Pendengaran inkues akan bersambung pada 19 Mac. — Bernama

*[4-3 8:21 PM] #JohoRespondTeam🇲🇾🇧🇳* https://www.projekmm.com/news/berita/2019/03/04/kpkt-keluarga-adib-fail-afidavit-bantah-permohonan-gantung-sementara-inkues/1728937

No comments:

Post a Comment

Hikmah Soleh

Siapa yang memperbaiki keadaan dirinya dikala dalam keadaan sunyi maka Allah swt akan perbaiki dirinya dikala dalam keadaan ramai, siapa yan...