Pengerusi MIC Rasah Maut

Bekas Pengerusi MIC Rasah maut BEKAS Pengerusi MIC Bahagian Rasah maut selepas kereta Perodua Myvi dipandu terbabas dan melanggar sebatang pokok di Jalan Rasah Jaya di Seremban, hari ini. Mangsa, Datuk G M Kannan, 79, yang berasal dari Taman Thivy Jaya, Seremban meninggal dunia di lokasi kejadian akibat tersepit dan parah di kepala. Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Thiew Hock Poh berkata, berdasarkan siasatan awal, mangsa dalam perjalanan dari arah Rasah Jaya menuju ke Taman Thivy Jaya. “Sebaik tiba di simpang tiga, kereta dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas memasuki belukar dan melanggar sebatang pokok. “Akibat kemalangan itu, mangsa parah di kepala dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang tiba di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi, hari ini. Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Seremban Hamlan Ishak berkata, bomba mengambil masa kira-kira lima minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit. Menurutnya, operasi mengeluarkan mangsa itu membabitkan seramai lapan anggota termasuk dari Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS). Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 Mac 2019 @ 3:00 PM

No comments:

Post a Comment

Hikmah Soleh

Siapa yang memperbaiki keadaan dirinya dikala dalam keadaan sunyi maka Allah swt akan perbaiki dirinya dikala dalam keadaan ramai, siapa yan...