3 Mac 2019

GLOBALπŸŒπŸ‡²πŸ‡Ύ (info terkini )Merapi kembali mengeluarkan awan panas, sedikitnya terjadi 7 kali guguran awan panas. Sabtu 02 Maret 2019, 07:37 WIB Gunung Merapi mengeluarkan guguran awan panas pagi ini. Catatan Balai Penyelidikan dan Pengembangan Teknologi Kebencanaan Geologi (BPPTKG) terdapat 7 kali guguran awan panas. Guguran awan panas Gunung Merapi terjadi dalam dua tahap. Tahap pertama terjadi 5 guguran awan panas. Gugura tahap kedua terjadi berselang 20 menit kemudian. Jarak luncur guguran mencapai 800 meter. Awan panas guguran dan guguran lava berpotensi menimbulkan hujan abu, untuk itu Masyarakat dilereng Merapi diharap tetap tenang dan melakukan aktivitas seperti biasa, serta selalu mengantisipasi gangguan akibat abu vulkanik. GLOBALπŸŒπŸ‡²πŸ‡Ύ Next ⏬ πŸ”½ πŸ”½ Cemas kaki terperosok di penutup longkang πŸŒπŸ‡²πŸ‡Ύ PEJALAN kaki cemas apabila kakinya tersekat antara jeriji besi penutup longkang ketika melalui hadapan pasar raya besar di Ayer Keroh, Melaka, hari ini. Dalam kejadian jam 1.50 tengah hari itu, lelaki berusia 22 tahun berjalan di hadapan pasar raya besar sebelum kaki kirinya terperosok sehingga paras lutut. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh, Mohd Hamdan Sudin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.53 tengah hari dan sebuah jentera dengan kekuatan enam anggota termasuk pegawai dikejarkan ke lokasi kejadian. “Kami menggunakan peralatan hidraulik cutter spreader untuk merenggangkan besi itu dan lima minit kemudian, kaki mangsa berjaya dikeluarkan. “Mangsa tidak mengalami kecederaan serius dan hanya melecet pada kaki,” katanya. Beliau berkata, besi penutup longkang terbabit dipercayai jenis besi yang lembut dan boleh regang. Justeru, beliau menasihati orang ramai, supaya lebih berhati-hati kerana setiap besi penutup longkang yang digunakan tidak mempunyai kualiti sama. Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 Mac 2019 @ 5:24 PM Mohd Hilmie Hussin mohdhilmie@hmetro.com.myπŸŒπŸ‡²πŸ‡Ύ πŸ”½ πŸ”½ πŸ”½ KEADAAN kawasan tanah dan rumput yang kering di Pasir Putih, Putatan berikutan cuaca panas dan kekurangan hujan yang dialami di negeri Sabah ketika ini. Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan fenomena ini akan berterusan sehingga akhir April depan. 2.3.19πŸŒπŸ‡²πŸ‡Ύ πŸ”½ πŸ”½ πŸ”½ Warga emas longlai, kaki tertusuk ranting LELAKI warga emas ditemui dalam keadaan selamat selepas lebih 24 jam dilaporkan hilang ketika mencari buah kayu di Hutan Simpang Gunong Bongsu, Kulim. Mangsa, Zainol Mohd Arshad, 72, ditemui dalam keadaan lemah dan tidak berjalan akibat kakinya tertusuk ranting. Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim Hi-Tech, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Yusri Yusoff berkata, pihaknya menerima panggilan 11.51 pagi, hari ini, mengenai kehilangan mangsa. Menurutnya, berdasarkan maklumat, Zainol dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak semalam selepas keluar mencari buah kayu pada 9.30 pagi. “Pihak polis kemudian memohon bantuan bomba untuk mencari dan menyelamat. “Mangsa cedera pada kaki kanan akibat tertusuk ranting kayu menyebabkan dia tidak boleh berjalan,” katanya ketika dihubungi wartawan Harian Metro, hari ini. Mohd Yusri berkata, mangsa berjaya dibawa keluar pada 3.45 petang dan diserahkan pada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 Mac 2019 @ 8:06 PM Zuliaty Zulkiffli am@hmetro.com.myπŸŒπŸ‡²πŸ‡Ύ πŸ”½ πŸ”½ πŸ”½

No comments:

Post a Comment

Hikmah Soleh

Siapa yang memperbaiki keadaan dirinya dikala dalam keadaan sunyi maka Allah swt akan perbaiki dirinya dikala dalam keadaan ramai, siapa yan...