Thursday 28 February 2019

Hikmah Kesabaran

Orang yang nampak kekurangan dan keburukan adalah orang yang sedang diuji oleh Tuhan, manakala orang yang baik sebenarnya juga sedang menerima cubaan Tuhan bermakna amat mengelirukan jika ada orang yang baik menjadi sombong dengan kebaikannya. Ujian demi ujian yg dihadapi oleh sesiapapun samaada ianya difitnah, dianiaya di khianat, di sakiti, di cemuh oleh perbuatan seseorang, amatlah wajar untuk di marahi tetapi sekiranya ujian tersebut dapat di hadapi dengan sabar, redha serta hati yang ikhlas akan mendapat 'anugerah kekuatan pada iman dan jiwa' seseorang itu serta 'kemanisan hidup' yang tidak terkata meskipun tidak terzahir oleh mata kasar. "Apabila kamu membalas  kejahatan, kamu perlu membalas dengan kejahatan yang sama seperti yang ditimpakan kepada kamu dan apabila kamu bersabar, tindakan demikian itu adalah lebih baik untuk orang yang bersabar." Surah An-Nahl Ayat 126

Wednesday 27 February 2019

Revolusi Hikmah


  • Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang 
  • Minda yang mahu akan memudahkan perjalanan yang susah 
  • Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah 
  • Kegagalan adalah asas kemenangan 
  • Nilai Manusia adalah semahal nilai matlamatnya 
  • Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah 
  • Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat

 " Apabila kamu diberi penghormatan dengan ucapan hormat seperti memberi salam, balaslah dengan yang lebih baik daripadanya, Allah menghitungkan tiap-tiap perkara. " 

Monday 25 February 2019

Hikmah


  • Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih 
  • Orang yang hebat bertindak sebelum berkata selaras dengan tindakannya
  • Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya, telah melakukan satu kesalahan lagi 
  • Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan mengurus kepadanya tanpa menyimpang 
  • Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan dan jika anda tidak mahu sesuatu, anda akan mencari alasan 
  • Jika tujuan anda jelas, anda boleh mencapainya dengan mudah 
  • Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran 
  • Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuan dan destinasinya


Yakinlah ALLAH S.W.T menciptakan manusia dengan kelebihan masing-masing yang tersendiri



Hikmah Soleh

Siapa yang memperbaiki keadaan dirinya dikala dalam keadaan sunyi maka Allah swt akan perbaiki dirinya dikala dalam keadaan ramai, siapa yan...