Wednesday, 13 March 2019

Hikmah Soleh

Siapa yang memperbaiki keadaan dirinya dikala dalam keadaan sunyi maka Allah swt akan perbaiki dirinya dikala dalam keadaan ramai, siapa yang memperbaiki keadaan dirinya dengan Allah maka Allah akan perbaiki keadaan dirinya dengan manusia dan siapa beramal untuk akhirat maka Allah akan bantu dan cukupi urusan dunianya. -Imam Ibnul Qayyim-

Thursday, 7 March 2019

Hikmah Peringatan

_"Akan datang suatu zaman nanti, *fitnah* umpama malam yg menggelapkan. Yang dikatakan gelap itu adalah gelapnya *fitnah* sehingga orang lain tidak dapat membezakan yg mana betul yg mana salah.."_

_*- Al-Habib Ali Zaenal Abidin al-Hamid -*

Monday, 4 March 2019

Hikmah Diri


  • Kagumilah kemampuan yang berada di dalam diri anda itu
  • Hendaklah sentiasa anda pelihara sikap mental itu bersih dan sihat
  • Arahkan segala kegiatan itu yang positif dan tanamkanlah diri anda hari ke hari di dalam prinsip ini
  • Kosongkanlah fikiran anda dari gagasan yang tidak sihat, dan isilah dengan konsep-konsep yang kreatif serta wajar
  • Bayangkanlah bahawa tenaga yang bekerja di dalam diri anda itu sentiasa menyegarkan tubuh jiwa dan fikiran anda

Saturday, 2 March 2019

Hikmah Rendah Diri

"Tengoklah orang yang lebih rendah daripadamu, dan janganlah tengok orang yang lebih tinggi daripadamu nescaya kamu bersyukur" (Muttafaqun 'Alaih)

Hikmah Jiwa


  • Rahsia Kejayaan adalah ketekalan Matlamat
  • Pengiktirafan dan ganjaran datang kepada mereka yang menunjukkan kualiti yang baik dalam perbuatannya 
  • Anda tidak boleh mencipta pengalaman, anda mesti menghadapinya terlebih dahulu
  • Sesiapa yang mempunyai kebolehan akan berjumpa landasan yang tepat
  • Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka
  • Semua yang dicapai oleh manusia dan yang gagal dicapai olehnya adalah kesan langsung pemikirannya
  • Menyimpang seinci, rugi seribu batu

" Balaslah orang yang membuat baik kerana kebaikan yang di lakukan tetapi, jangan hiraukan orang yang dengki kerana kedengkian itu sudah cukup mencelakakan dirinya."

Thursday, 28 February 2019

Hikmah Kesabaran

Orang yang nampak kekurangan dan keburukan adalah orang yang sedang diuji oleh Tuhan, manakala orang yang baik sebenarnya juga sedang menerima cubaan Tuhan bermakna amat mengelirukan jika ada orang yang baik menjadi sombong dengan kebaikannya. Ujian demi ujian yg dihadapi oleh sesiapapun samaada ianya difitnah, dianiaya di khianat, di sakiti, di cemuh oleh perbuatan seseorang, amatlah wajar untuk di marahi tetapi sekiranya ujian tersebut dapat di hadapi dengan sabar, redha serta hati yang ikhlas akan mendapat 'anugerah kekuatan pada iman dan jiwa' seseorang itu serta 'kemanisan hidup' yang tidak terkata meskipun tidak terzahir oleh mata kasar. "Apabila kamu membalas  kejahatan, kamu perlu membalas dengan kejahatan yang sama seperti yang ditimpakan kepada kamu dan apabila kamu bersabar, tindakan demikian itu adalah lebih baik untuk orang yang bersabar." Surah An-Nahl Ayat 126

Wednesday, 27 February 2019

Revolusi Hikmah


  • Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang 
  • Minda yang mahu akan memudahkan perjalanan yang susah 
  • Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah 
  • Kegagalan adalah asas kemenangan 
  • Nilai Manusia adalah semahal nilai matlamatnya 
  • Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah 
  • Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat

 " Apabila kamu diberi penghormatan dengan ucapan hormat seperti memberi salam, balaslah dengan yang lebih baik daripadanya, Allah menghitungkan tiap-tiap perkara. " 

Hikmah Soleh

Siapa yang memperbaiki keadaan dirinya dikala dalam keadaan sunyi maka Allah swt akan perbaiki dirinya dikala dalam keadaan ramai, siapa yan...