Syarat Sah Solat

TANYALAH USTAZ TV3
6.3.2019
(Da'i Niezal&Prof.Madya Dato' Ustaz Mohd.Izhar Ariff Mohd.Kashim)

*FEKAH*
*SYARAT SAH SOLAT*
•••••••••••••••••••••••••••••••
Alhamdulillah,Allah bangunkan kita dan menuntut ilmu.
Menuntut ilmu adalah sunnah Nabi.
Sesiapa sahaja yg pernudahkan urusan ilmu,Allah akan permudahkannya jalan ke syurga.
Syarat sah solat sangat penting.
Solat dapat mencegah kemungkaran.
SYARAT SAH SOLAT IALAH:
1)Tubuh badan mesti bersih dari hadas besar dan hadas kecil.
2)Tubuh badan tak boleh ada najis.
3)Pakaian mesti bersih tak boleh ada darah,percikan air kencing,taik burung.
(bau peluh atau masam ketiak bukan najis)dan boleh solat.
4)Tempat sembahyang mesti bersih.
5)Yakin dah masuk waktu solat.
6)Mesti tutup aurat(lelaki dari pusat hingga lutut dan perempuan keseluruhannya kecuali muka dan pergelangan tangan).
Bagi lelaki adalah lebih baik pakai baju yg lengkap sebab kita nak bertemu dgn Allah.
7)Mesti mengadap kiblat.
Bagi yg sedang sakit,solatlah dalam keadaan apa sekali pun.
Tak perlu pusingkan org yg sakit itu utk mengadap kiblat.

ADAKAH SYARAT WAJIB SOLAT BERKAITAN DGN SYARAT SAH SOLAT?
Syarat wajib solat ialah baligh,islam,berakal barulah dia wajib solat.
Syarat sah solat ialah bersih,yakin dah masuk waktu,tutup aurat dan mengadap kiblat.

ADAKAH SYARAT² LAIN YG PERLU KITA TAHU KHUSUSNYA UTK DAPAT SOLAT SEMPURNA?
4 syarat itu dah cukup sempurna(bersih,yakin dah masuk waktu solat,tutup aurat dan mengadap kiblat).
Nak lebih sempurna solat kita ialah dgn buat perkara² sunat.
Perkara² sunat ialah berwangian,bercantik~cantikan utk bertemu dgn Allah.

TELEKUNG BERMACAM~MACAM WARNA,BAGAIMANA USTAZ?
Tak salah.
Cuma pastikan tutup aurat.
Kain mesti tebal.
Jangan nampak dalam.
AURAT PERLU DIJAGA.
Boleh pakai telekung warna warni tapi jangan sampai timbul fitnah.

BAGAIMANA SOLAT DUDUK YG SAH?
Islam itu cantik dan jangan sukarkan org yg sakit.
Ikut pada pesakit,jika pesakit hanya boleh duduk solatlah dgn duduk.
Solat mengikut kemampuan.
Boleh duduk atas kerusi atau atas katil.
Jangan menjatuhkan hukum dan susahkan org yg sedang sakit.

DALAM HATI ADA RASA BANGGA BILA DIA BERJUBAH DAN RASA BANGGA DIRI BAIK KETIKA KE MASJID,BAGAIMANA USTAZ?
Allah itu bersih dan suka kebersihan.
Bila kita berpakaian cantik,syaitan selalu nak rosakkan kita dalam semua keadaan.
Bila ada perasaan rasa bangga atau rasa diri baik teruslah perbaiki diri.
Teruskan pakai cantik² dan dalam masa sama cepat² istighfar bila ada rasa bangga.
NAK ELAK SOMBONG LETAKKAN DALAM HATI INI SEMUA ADALAH PINJAMAN ALLAH.

RASULULLAH LALU KUBUR DAN MENYATAKAN AHLI KUBUR SEDANG DISIKSA KERANA TAK SUCI KENCING,APAKAH INI ADA KAITAN DGN ORG SOLAT TAK SUCI?
Mazhab As~Syafie mengalakkan kita BERDEHEM sebanyak 3 kali ketika kencing.
Saki baki air kencing akan keluar habis dan akan keluarkan air wadi ketika BERDEHEM.
Sebab itu Imam As~Syafie menggalakkan kita BERDEHEM.
Org yg solat tak sah kerana kemaluan tak dibasuh dgn bersih.

APAKAH SAH SOLAT,TIBA² KAIN NAK TERTANGGAL DAN DIA MENGGULUNGKAN KAIN HINGGA 3 KALI PERGERAKAN?
Boleh tak batal solat.
Boleh gulung kain kerana takut tertanggal.
Yg tak boleh ialah bergerak dgn 3 pergerakkan dgn  sengaja.

SOLATKAH SOLAT DGN TUJUAN MENDIDIK CUCU YG MENGIKUT DIBELAKANG?
Tak salah kuatkan suara bila dia solat bersendirian.
Boleh baca kuat utk cucu ikut dan sah solat.

SAHKAH SOLAT DALAM GELAP DAN SAHKAH SOLAT JIKA RAMBUT GUGUR TERKELUAR DARI TELEKUNG?
Solat dalam gelap hukumnya makruh.
Solat dalam gelap takut ada sesuatu yg bahaya cth ada ular.
Sah solatnya.
Sah solat jika ada rambut gugur terkeluar dari telekung.

HARI JUMAAT ADA 2 KALI AZAN,BOLEHKAH SOLAT SUNAT PADA AZAB KE 2?
Kalau di Mekah ada azan sebelum subuh utk kejutkan org.
Ketika itu tak boleh solat subuh.
Azan pertama pada hari Jumaat bermakna dah masuk waktu zohor dan boleh solat sunat.
Dan org perempuan di rumah dah boleh solat zohor.
Azan ke 2 khatib dah ada dimimbar dan perlu berhati~hati ketika itu dah kena dengar khutbah.
JANGAN BERWHATSAPP KETIKA BERKUTBAH.

SAHKAH SOLAT DGN SANGGUL TINGGI?
Sah kerana sanggul dalam telekung.

SAHKAH SOLAT MASUKKAN TISU DALAM HIDUNG KERANA NAK ELAK HINGUS MENITIK?
Kita boleh pegang tisu ditangan dan boleh lap.
Jangan bergerak banyak sangat.
Tak perlu sumbat tisu dalam lubang hidung.
Pegang sahaja tisu dan lap bila hingus nak keluar.

BAGAIMANA ORG YG SUKA MENGUAP DALAM SOLAT?
Menguap bukan dibuat~buat.
Menguap adalah gangguan syaitan.
Ketika menguap sedang baca Al~Fatihah berhenti dulu dan baru sambung bacaan.
JGN OVER MENGUAP,INIBOLEH MEMBATALKAN SOLAT(hingga berbunyi)

SAHKAH SOLAT CUCU YG PAKAI PAMPERS NAIK ATAS BELAKANG KETIKA SOLAT?
Jika lepas solat,telekung basah ada air kencing dari pampers yg bacor, dia wajib bersihkan dan ulang solat kembali.

BATUK BERPANJANGAN DAN SAYA PAKAI TUALA WANITA KERANA SETIAP KALI BATUK AKAN KELUAR AIR KENCING,BAGAIMANA USTAZ?
Syarat sah solat ialah bersih dari najis.
Kalau ada penyakit dan terkencing ketika batuk,tak batalkan solat ini kerana sakit kencing tak tus.
Solat sah dan wuduk boleh digunakan utk 1 solat sahaja.
Jika nak solat yg lain,dia kena bersihkan kemaluan,ganti tuala wanit baru dan ambil wuduk baru.

JARI WANITA YG TERKELUAR KETIKA SOLAT,SOLATNYA SAH.
JARI BUKAN AURAT WANITA.

APAKAH SAH SOLAT JIKA TERKUNYAH SESUATU?
Jika ada daging terselit,boleh ambil dan simpan dalam kocek.
Jangan sembur makanan itu kerana dia akan kotorkan tempat solat.

MAKRUH SOLAT DAH NAK MASUK WAKTU SOLAT LAIN.
SAH SOLAT JIKA SEDANG SOLAT TIBA² DENGAR AZAN MASUK WAKTU SOLAT LAIN.
BERDOSA KERANA LAMBATKAN SOLAT DAN TAK BERDOSA JIKA DIA LAMBATKAN SOLAT DGN SEBAB TAK BOLEH DIELAKAN.
YG TERBAIK DAPAT SEMPATKAN SATU RUKUK.

APAKAH HUKUM BACA AL~FATIHAH BERBISIK?
Jika kita berseorangan kita digalakkan baca kuat.
Tak boleh baca dalam hati.
Berbisik dengar sikit²,sah solat.
Paling minimum kita dengar pada telinga kita sendiri.
Jadi HARAM baca kuat hingga ganggu jemaah lain.

ILMU SENTIASA KENA INGAT MENGINGATI.
ANGGAP APA YG KITA BELAJAR INI ADALAH ULANGAN DAN NILAI TAMBAH.
JANGAN RASA SIA² DGN APA YG KITA BELAJAR.
TANYA DAN JANGAN MALU,ORG YG MALU TAK DAPAT ILMU.
BELAJAR UTK MANFAAT DIRI SENDIRI DAN UTK ORG LAIN.
SEMOGA ALLAH BERI KEBERKATAN UTK SEMUA YG TERLIBAT.

#InShaaAllah_Aamiin
#BiarTahuJanganKeliru

Credit: Penulis
Sumber: Whatsup

No comments:

Post a Comment

Hikmah Soleh

Siapa yang memperbaiki keadaan dirinya dikala dalam keadaan sunyi maka Allah swt akan perbaiki dirinya dikala dalam keadaan ramai, siapa yan...