Penderhakaan

Derhaka kepada ibu bapa adalah menyalahi perintah kedua-duanya. Berbakti kepada kedua-keduanya pula bererti mematuhi perintah mereka. Jika melanggar perintah ibubapa sudah dianggap derhaka apatah lagi membenci kedua-duanya terutama ketika mereka sudah tua dan memerlukan bantuan, pembelaan dan perhatian. Berdasarkan ini jika ibu bapa atau salah seorang daripada mereka menyuruh anaknya, maka anaknya wajib mentaatinya, selagi perintah itu bukan maksiat meskipun pada asalnya perintah itu termasuk jenis mubah (harus), begitu juga termasuk jenis mandub (sunat). Dalam sebuah hadis dijelaskan, Rasulullah S.A.W bersabda, daripada Abdullah bin Amr, beliau menyatakan bahawa seorang lelaki datang kepada Rasulullah, lalu menjelaskan, "Wahai Rasulullah, aku datang untuk berjihad bersamamu kerana aku ingin mencari redha Allah dan hari akhirat. Tetapi aku datang ke sini dengan meninggalkan ibu bapa dalam keadaan menangis." Lalu Rasulullah S. A. W menjawab, "Pulanglah kepada mereka, jadikanlah mereka tertawa seperti tadi engkau jadikan mereka menangis." (Hadis riwayat Ibnu Majah)

No comments:

Post a Comment

Hikmah Soleh

Siapa yang memperbaiki keadaan dirinya dikala dalam keadaan sunyi maka Allah swt akan perbaiki dirinya dikala dalam keadaan ramai, siapa yan...