☆Tadabbur Kalamullah 27 Jamadil Akhir 1440H☆
وَقِیلَ لِلَّذِینَ ٱتَّقَوۡا۟ مَاذَاۤ أَنزَلَ رَبُّكُمۡۚ قَالُوا۟ خَیۡرࣰاۗ لِّلَّذِینَ أَحۡسَنُوا۟ فِی هَـٰذِهِ ٱلدُّنۡیَا حَسَنَةࣱۚ وَلَدَارُ ٱلۡـَٔاخِرَةِ خَیۡرࣱۚ وَلَنِعۡمَ دَارُ ٱلۡمُتَّقِینَ
Dan ditanya pula kepada orang-orang yang bertaqwa: "Apakah yang telah diturunkan oleh Tuhan kamu?" Mereka menjawab: "Kebaikan". Orang-orang yang berbuat kebaikan di dunia ini beroleh balasan yang baik, dan sesungguhnya balasan negeri akhirat itu lebih baik lagi; dan memanglah negeri akhirat ialah sebaik-baik negeri bagi orang-orang yang bertaqwa" [Surat An-Nahl 30]
#Inilah sifat orang yang bertaqwa. Segalanya yang diturunkan Allah adalah dikira kebaikan. Samada kesenangan, kesusahan, nikmat, ujian, sihat, sakit, gembira, derita, kaya, miskin, dan apa sahaja yang diturunkan Allah tidak ada yang buruk melainkan semuanya baik. Jika perkara itu berupa nikmat maka mereka akan syukuri. Jika yang diturunkan itu berupa musibah maka mereka terima dengan sabar dan mengharapkan ganjaran. Inilah kehebatan hamba yang benar-benar bertaqwa. Hanya orang yang bertaqwa memiliki jiwa yang hebat ini.
#Allah swt juga memerintahkan seluruh hambaNya menjadi manusia yang baik dan sentiasa melakukan kebaikan. Sewajibnya kita berusaha menjadi orang yang baik, yang bertaqwa kepada Allah swt.
#Untuk menjadi orang yang baik:
1. Mohon hidayah daripada Allah swt.
2. Cari ilmu dengan penuh keikhlasan untuk beramal.
3. Berusaha tingkatkan keyakinan pada Allah, Rasul dan Islam.
4. Melawan tipu daya nafsu dan syaitan.
5. Sibukkan diri dengan kebaikan.
6. Sentiasa berada di tempat dan dalam suasana yang baik.
7. Jadikan orang yang baik sebagai mentor dan ikutan.
8. Bina rangkaian hubungan yang baik dengan semua manusia.
9. Istiqamah dalam beramal.
#Allah swt menjanjikan kebaikan yang berganda dan syurga sebagai tempat teristimewa kepada orang-orang yang baik ini.
جَنَّـٰتُ عَدۡنࣲ یَدۡخُلُونَهَا تَجۡرِی مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَـٰرُۖ لَهُمۡ فِیهَا مَا یَشَاۤءُونَۚ كَذَ ٰلِكَ یَجۡزِی ٱللَّهُ ٱلۡمُتَّقِینَ
"(Untuk mereka) Syurga-syurga " Adn ", yang mereka akan memasukinya, yang mengalir padanya beberapa sungai; mereka beroleh di dalam Syurga itu apa yang mereka kehendaki; demikianlah Allah membalas orang-orang yang bertaqwa" [Surah an-Nahl 31]
♡Jom jadi orang baik. Yang memandang pemberian Allah sebagai sesuatu yang baik. Disamping mengajak semua manusia agar menjadi orang baik serta menyibukkan diri dengan perkara-perkara yang baik. Semoga kita dinobatkan Allah sebagai insan yang baik lagi bertaqwa♡
Sumber: whatsup grop (~pakdor)
Credit:🐊Ust naim
Perjalanan ITU yang dikatakan susah ke senang juga dizahirkan dari bengkok nak menjadi lurus mahupun ianya bermula dengan gelap yang akan disusuri terang kelak, yakinlah yang ITU adalah "ANUGERAH DARI ILAHI" Bersyukurlah wahai yang Empunya Diri.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Hikmah Soleh
Siapa yang memperbaiki keadaan dirinya dikala dalam keadaan sunyi maka Allah swt akan perbaiki dirinya dikala dalam keadaan ramai, siapa yan...
-
Siapa yang memperbaiki keadaan dirinya dikala dalam keadaan sunyi maka Allah swt akan perbaiki dirinya dikala dalam keadaan ramai, siapa yan...
-
_"Akan datang suatu zaman nanti, *fitnah* umpama malam yg menggelapkan. Yang dikatakan gelap itu adalah gelapnya *fitnah* sehingga oran...
-
Orang yang nampak kekurangan dan keburukan adalah orang yang sedang diuji oleh Tuhan, manakala orang yang baik sebenarnya juga sedang mener...
No comments:
Post a Comment