3.3.19

#JohoRespondTeam🇲🇾🇧🇳* *Nikah Siam: Pasangan Dari Kedah Meningkat* *Berita Online* """""""""""""""""""""""" *ALOR SETAR: Kes pasangan dari Kedah yang berkahwin tanpa kebenaran di Thailand dilihat semakin membimbangkan apabila sebanyak 799 kes dicatatkan tahun lalu, meningkat 233 kes daripada 566 kes pada 2017.* Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Luar Bandar, Agama dan Syarikat Berkaitan Kerajaan negeri, Datuk Dr Ismail Salleh, berkata jumlah itu merangkumi kesalahan pernikahan tanpa kebenaran dan berpoligami tanpa kebenaran yang direkodkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam negeri ini. “Kesalahan nikah di Thailand terbahagi kepada pernikahan tanpa kebenaran seperti nikah di sana (Thailand) sebab keluarga menghalang iaitu kesalahan mengikut Seksyen 40(2) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Kedah) 2008 dan poligami tanpa kebenaran yang menjadi kesalahan mengikut Seksyen 124 enakmen sama. “Sebanyak 502 kes pernikahan tanpa kebenaran dan 297 kes poligami tanpa kebenaran dicatatkan tahun lalu, manakala 406 kes pernikahan tanpa kebenaran dengan 160 kes poligami tanpa kebenaran pula direkodkan berlaku tahun sebelumnya,” katanya. Berdasarkan statistik tahun lalu, pasangan dari daerah Kota Setar mencatatkan jumlah tertinggi yang melakukan kesalahan itu dengan 118 kes, diikuti Langkawi (116), kubang Pasu (110) dan Pendang (44 kes). Dr Ismail berkata beliau percaya masih ramai pasangan dari negeri ini yang berkahwin di negara jiran tidak mendaftarkan perkahwinan mereka di pejabat agama Islam di sini dan keadaan itu amat membimbangkan kerana akan memberi implikasi terhadap hak isteri dan urusan pendaftaran anak. Bagi menangani masalah itu, beliau berkata kerajaan negeri mengambil inisiatif melaksanakan kempen ‘Jom Daftar Nikah’ mulai 1 Mac lalu yang bertujuan menggalakkan pasangan yang belum mendaftar perkahwinan mereka untuk berbuat demikian. Menerusi kempen itu, pejabat agama Islam negeri akan menjadi pemudah cara termasuk membantu menyediakan segala urusan dokumentasi untuk pasangan itu mendaftarkan pernikahan mereka. “Kempen ini adalah hasil kesinambungan Program Mai Daftar Nikah 2018 daripada kerajaan negeri terdahulu, tetapi ditambah baik lagi dalam kempen yang kerajaan negeri sekarang buat kerana program dahulu dilihat tidak berjaya,” katanya. Bagaimanapun, Dr Ismail berkata pasangan terbabit tetap dikenakan denda yang akan ditetapkan oleh Hakim Mahkamah Syariah berdasarkan kesalahan yang telah dilakukan. “Saya jamin jumlah denda itu nanti tidak akan membebankan pasangan yang mendaftarkan pernikahan menerusi kempen ini,” katanya. - BERNAMA *[3-3 3:09 PM] #JohoRespondTeam🇲🇾🇧🇳* https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2019/03/536930/pasangan-kedah-nikah-di-thailand-meningkat

No comments:

Post a Comment

Hikmah Soleh

Siapa yang memperbaiki keadaan dirinya dikala dalam keadaan sunyi maka Allah swt akan perbaiki dirinya dikala dalam keadaan ramai, siapa yan...