Perjalanan ITU yang dikatakan susah ke senang juga dizahirkan dari bengkok nak menjadi lurus mahupun ianya bermula dengan gelap yang akan disusuri terang kelak, yakinlah yang ITU adalah "ANUGERAH DARI ILAHI" Bersyukurlah wahai yang Empunya Diri.
Aspek-aspek Ibadat
Sabtu
25 Jamadilakhir 1440 H
2 Mac 2019
السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Hadis Rasulullah SAW
ASPEK-ASPEK IBADAT
Riwayat : Muslim
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
Bertafakur sesaat adalah lebih baik daripada beribadat setahun.
i) Islam menyediakan suatu jalan yang sempurna untuk manusia beribadat. Di mana setiap aspek ibadat bersesuaian dengan kekuatan dan keupayaan yang ada pada seseorang.
ii) Ibadat bukan hanya himpunan amal seperti sembahyang, puasa, haji, doa dan sumpamanya tetapi apa jua perkara yang dilakukan dengan niat atau tujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah.
iii) Ibadat terbahagi kepada 4 aspek iaitu:
a) Ibadat akal.
Ia dicapai dengan cara berfikir, merenung, mengkaji sesuatu makhluk Allah serta memerhatikan keindahan dan keagungan ciptaan Allah SWT.
b) Ibadat jiwa.
Ia dilakukan dengan adanya sifat khusyuk, tawakkal, redha terhadap qadha dan qadar, bersyukur, ikhlas, cinta, belas kasihan, al-khauf (takut) dan raja' (mengharap). Tanpa sifat-sifat ini maka sesuatu ibadat itu dikatakan ibadat yang mati dan tidak diterima oleh Allah SWT.
c) Ibadat badan.
Ia itu segala amalan anggota tubuh termasuklah segala gerak-geri seperti mata, telinga, mulut, hidung, kaki, tangan dan sebagainya. Termasuk juga segala perkataan dan perbuatan.
d) Ibadat harta.
Ia itu dengan cara mengeluarkan zakat, mengerjakan haji, memberi nafkah dan mengorbankan harta fi sabilillah, bersedekah, dan menyediakan kemudahan untuk orang ramai (wakaf).
TAZKIRAH
SEMOGA KITA TIDAK TERGOLONG DARI KALANGAN ORANG YANG AKAN MENDAPAT KECELAKAAN DI HARI AKHIRAT
Firman Allah SWT
فَوَيۡلٌ لِّلَّذِينَ ڪَفَرُواْ مِن يَوۡمِهِمُ ٱلَّذِى يُوعَدُونَ
Maka kecelakaan dan kebinasaanlah bagi orang-orang yang kafir pada hari yang telah dijanjikan kepada mereka.
Surah Ad-Dhariyat ayat 60
آمِيّنْ آمِيّنْ آمِيّنْ يَا رَبَّ العَـــالَمِيْن
Subscribe to:
Posts (Atom)
Hikmah Soleh
Siapa yang memperbaiki keadaan dirinya dikala dalam keadaan sunyi maka Allah swt akan perbaiki dirinya dikala dalam keadaan ramai, siapa yan...
-
Siapa yang memperbaiki keadaan dirinya dikala dalam keadaan sunyi maka Allah swt akan perbaiki dirinya dikala dalam keadaan ramai, siapa yan...
-
_"Akan datang suatu zaman nanti, *fitnah* umpama malam yg menggelapkan. Yang dikatakan gelap itu adalah gelapnya *fitnah* sehingga oran...
-
Orang yang nampak kekurangan dan keburukan adalah orang yang sedang diuji oleh Tuhan, manakala orang yang baik sebenarnya juga sedang mener...
No comments:
Post a Comment