Munakahat

TANYALAH USTAZ TV3
28.2.2019
(Da'i Hakim&Ustaz Mohd.Safwan Syafiq Mohammad Idris)

*MUNAKAHAT*
*BATASAN DALAM KELUARGA*
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Org yg mengucap
أَشْهَدُ أَنْ لَاإِلَــــهَ إِلَّا اللهُ ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ
dia adalah saudara kita.

BATASAN DALAM KELUARGA ADA 2:
1)Percakapan(percakapan anak kepada ibubapa dan percakapan ibubapa kepada anak²).
Ada batas percakapan anak² dgn ibubapa.
Allah mengharamkan anak² menderhaka pada ibubapa.
Tak boleh berkata uh pada ibubapa supaya ibubapa tak terasa dgn kita.
Ada ibubapa hanya rasa dia betul sahaja.
Anak² bersabarlah nak tegur ibubapa.
Anak² juga ada hak.
Berilah layanan yg baik pada anak².
Kita ingin dihormati,kita mesti belajar menghormati.
Kadang² bila kita DIAM,diam kita juga boleh membuat ibubapa terasa(cth kita penat balik kerja,ibu tanya kita tak jawab,ini juga boleh buat ibu terasa).
Ibubapa juga ada masa buat salah pada anak².
Anak² yg menghormati ibubapa sebab sayang lebih baik dari anak² hormat ibubapa sebab takut.
KADANG² IBUBAPA AJAR ANAK DGN SIFAT MENENGKING TAK MUSTAHIL ANAK² JUGA AKAN MENENGKING KITA SEMULA.

2)Perbuatan:
Elak buat benda yg ibubapa tak suka.
Hormati masa ibubapa(jangan ganggu ibubapa)
Allah larang ganggu ibubapa sebelum solat subuh kerana ketika itu aurat ibubapa terbuka dan dilarang masuk bilik ibubapa sebelum waktu zohor kerana ketika itu ibubapa sedang berehat².
Tak boleh ganggu ibubapa selepas isyak.
ISLAM AGAMA YG SEMPURNA YG MENGAJAR ADAB DARI BANGUN TIDUR HINGGA TIDUR SEMULA.

CARILAH REDHA IBUBAPA.
REDHA IBUBAPA ADALAH REDHA ALLAH.

Biasakan solat berjemaah,selesai solat itulah ibubapa dan anak² boleh bersalaman.
Bersalaman selepas solat berjemaah tak akan rasa janggal.

SEJAUH MANA TUNTUTAN DALAM ISLAM BERPEGANG TEGUH HUKUM HAKAM MENJAGA BATASAN DALAM KELUARGA?
Islam nak kita hidup utk memudahkan kita masuk ke syurga.
Abang ipar kita adalah haram utk kita bersalaman dan wajib jaga aurat.
Islam sangat menitik berat hukum hakam supaya tak menimbulkan fitnah.
Abang ipar kena beritahu pada adik ipar tentang aurat.

ADAKAH BATASAN UMUR SEORANG ANAK NAK BERMANJA DGN IBUBAPA DAN PERLUKAN TUTUP AURAT JIKA ABANG IPAR DATANG RUMAH?
Tak salah nak bermanja dgn ibubapa tapi ada had umurnya.
Asingkan tempat tidur pada usia 10tahun.
Bila anak dah boleh membezakan baik dan buruk,ketika itu tugas ibubapa ajarkan mana benar mana salah.
Asingkan tempat tidur adik beradik pada umur 10tahun.
CIUM TANGAN DAN CIUM KAKI EMAK ITUKAH CARA KITA NAK BERMANJA UTK DAPAT SYURGA SELEPAS SOLAT BERJEMAAH.
Perlu jaga aurat ketika abang ipar datang rumah kerana abang ipar adalah mahram muakat.
Perlu jaga aurat sama seperti lelaki² lain.

APAKAH JIKA IBUBAPA TAK MINTA MAAF PADA ANAK² DOSA IBUBAPA TERHAPUS?
Rasulullah yg tinggi martabatnya juga minta maaf pada sahabat²nya.
Jika ibubapa susah nak minta maaf secara langsung,mintalah maaf ketika berdoa selepas solat jemaah,biar anak dengar.
Ya Allah aku tahu anak² aku ada buat salah dgn aku,maafkanlah anak²ku.
Dan aku juga ada buat salah pada anak²ku,maafkanlah aku.

KELUARGA ADALAH GUDANG PAHALA YG SANGAT BESAR.

BAGAIMANA BATAS AURAT DAN PERGAULAN KERANA SUPAYA TAK JADI SUMBANG MAHRAM?
Sumbang mahram berlaku kerana salah ibubapa.
Tak salah bermesra tapi ada hadnya.
Kakak jangan pakai seluar pendek didepan adik lelaki.
Mungkin dia tak buat zina  dgn kakak tapi takut dia akan buat dgn org lain.
Perlu tegur anak perempuan yg pakai seluar pendek didepan adik lelaki.

BAGAIMANA BATASAN ANAK PEREMPUAN DAN BAPA TIRI DAN BAPA ANGKAT?
Bapa tiri sudah berkahwin dgn ibu,bapa tiri sudah jadi mahram kekal.
Haram berkahwin dgn bapa tiri walaupun ibu sudah meninggal.
Anak angkat auratnya perlu dijaga seperti auratnya dgn org yg bukan mahram.
TETAP KENA JAGA AURAT.
Anak angkat susuan sudah jadi mahram kekal.

BAGAIMANA NAK MENGELAK DARI BERSALAMAN DGN SEPUPU YG BERLAINAN JANTINA?
Adat kita raikan,ibadat kita muliakan.
Nak elak bersalaman ialah dgn cakap yg baik².
Org yg ada didikan agama tak akan hulurkan tangan bersalaman dgn sepupu atau bukan mahram.
Tolak dgn cara yg baik contoh "maaf ada air sembahyang."
Yusof Al Kardawi kata diharuskan bersalaman jika mereka ini sudah uzur dan tak ada nafsu serta tak membuka lubang² fitnah.
Abu Bakar pernah bersalaman dgn perempuan yg telah uzur.
UZUR YG DIMAKSUDKAN IALAH BUKAN UZUR KERANA HAID TAPI UZUR KERANA SUDAH TERSANGAT TUA DAN DAH TAK BERNAFSU.

DAH FAHAM AMALKAN SUPAYA TAK TAMBAH DOSA KITA.

BOLEHKAH MAK MERTUA TAK MENUTUP AURAT DIHADAPAN MENANTU LELAKI?
Mereka ini adalah mahram kekal tak boleh kahwin sampai bila².
HARAM BERKAHWIN DGN MAK MERTUA SENDIRI WALAUPUN ANAKNYA DAH MENINGGAL.

BAGAIMANA NAK JAGA BATASAN LELAKI DAN PEREMPUAN?
Tak boleh keluar berdua~duaan kerana ini boleh berlaku zina.
Boleh pegang jika nak selamatkan nyawa(darurat).
Boleh berurusan kerana ada urusan jual beli mengikut syarak.
Diharuskan kerana tugas cth seorang peguam atau polis.
Boleh memuliakan tetamu.
Ketika belajar diharuskan bercakap antara lelaki dgn perempuan.

BOLEHKAH SEORANG AYAH TERJAH MASUK BILIK ANAK PEREMPUAN?
Anak² adalah perhiasan.
Ketuk pintu dulu sebelum masuk bilik kerana mungkin ketika itu aurat anak perempuan terbuka.
Dan ketika terdedah aurat ketika itu takut ada bisikan syaitan hingga berlaku sumbang mahram.

APAKAH HUKUMAN ALLAH PADA AYAH YG TAK JAGA BATASAN DGN ANAK PEREMPUAN?
Bukan kita yg boleh menetapkan hukuman Allah.
Wahai org² beriman jaga diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka.
SETIAP ORG ADALAH PEMIMPIN DAN SETIAP PEMIMPIN AKAN DIPERTANGGUNGJAWABKAN.
Perlu jaga percakapan dan perbuatan.

BAGAIMANA ADAB² DAN BATASAN KETIKA MERAWAT KELUARGA YG TAK BOLEH URUS DIRI SENDIRI(sakit)?
Diberi kelonggaran kerana darurat.
Islam bukan agama yg susah.
Ini adalah keringanan.

SETIAP ORG ADA TANGGUNGJAWAB.
SETIAP HUKUM PERLU DIAMALKAN.
SEORANG LELAKI YG BAIK ADALAH YG MENJAGA MARUAH WANITA DAN SEORANG WANITA YG BAIK ADALAH YG MENJAGA MARUAH DIRI.
BERPEGANGLAH DGN CARA HIDUP ISLAM.

#InShaaAllah_Aamiin
#BiarTahuJanganKeliru

No comments:

Post a Comment

Hikmah Soleh

Siapa yang memperbaiki keadaan dirinya dikala dalam keadaan sunyi maka Allah swt akan perbaiki dirinya dikala dalam keadaan ramai, siapa yan...