Perjalanan ITU yang dikatakan susah ke senang juga dizahirkan dari bengkok nak menjadi lurus mahupun ianya bermula dengan gelap yang akan disusuri terang kelak, yakinlah yang ITU adalah "ANUGERAH DARI ILAHI" Bersyukurlah wahai yang Empunya Diri.
Info Semasa Bersama Anda
▼
Tazkirah Ilmiah Buat Diri
▼
Doa-Doa & Zikir Amalan
▼
Koleksi blogger
▼
Kisah Tauladan Buat Diri
▼
Berita dalam dan luar negara
▼
Info Semasa Bersama Anda
▼
Tadabbur Kalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 25 Jamadil Akhir 1440H☆
وَلَوۡ تَرَىٰۤ إِذِ ٱلۡمُجۡرِمُونَ نَاكِسُوا۟ رُءُوسِهِمۡ عِندَ رَبِّهِمۡ رَبَّنَاۤ أَبۡصَرۡنَا وَسَمِعۡنَا فَٱرۡجِعۡنَا نَعۡمَلۡ صَـٰلِحًا إِنَّا مُوقِنُونَ
"Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): "Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin" [Surah as-Sajdah 12]
#Allah swt memaklumkan kepada kita tentang penyesalan terdahsyat yang berlaku di Mahsyar kelak bagi manusia yang zalim, yang hidup bergelumang dengan kekufuran, berkubang dengan kemaksiatan dan fana dalam kesesatan sewaktu hidup di dunia dahulu. Penyesalan yang menyebabkan manusia yang berdosa merayu agar dikembalikan semula ke dunia.
#Imam Qatadah rahimahullah mengatakan: “Demi Allah, mereka tidak berharap dikembalikan ke dunia untuk berjumpa keluarga dan kaum kerabat, akan tetapi mereka berharap dikembalikan ke dunia untuk melaksanakan ketaatan kepada Allah swt. Lihatlah harapan dan keinginan orang-orang yang tidak melaksanakan ketaatan kepada Allah swt ketika di dunia! Kerana itu, berbuatlah ketaatan kepada Allah swt (sewaktu masih hidup di dunia)".
*#Kesusahan, kesulitan dan kesengsaraan yang terbesar dan sebenar yang dialami manusia adalah ketika berada di alam akhirat. Jika seseorang itu susah dan sengsara di sana, maka dia akan sengsara dan susah selama-lamanya. Pada waktu itu, peluang untuk insaf, bertaubat dan memperbaiki diri sudah tertutup. Yang ada hanyalah PENYESALAN demi PENYESALAN.*
یَقُولُ یَـٰلَیۡتَنِی قَدَّمۡتُ لِحَیَاتِی
Ia akan berkata: "Alangkah baiknya kalau aku dahulu sediakan amal-amal baik untuk hidupku (di sini)!" [Surah al-Fajr 24]
#Kita perlu sedar bahawa kehidupan dunia ini adalah sementara dan tempat manusia diuji. Semakin hari semakin hampir masa perpindahan kita ke alam akhirat. Jika kita bijak dan cerdik, kita akan menyediakan bekalan yang paling berkualiti dan mencukupi untuk kehidupan selepas meninggal alam dunia ini.
#Berkata Sayidina Abdullah bin Abbas r.a: *"Dunia sangat singkat. Mereka boleh tertawa di dalamnya untuk sementara waktu. Jika dunia telah berakhir dan mereka berpindah kepada Allah, pada saat itu mereka semua akan terus menangis tanpa henti"*
♡Sebelum tiba hari penyesalan yang tiada gunanya lagi maka marilah kita memilih untuk berpenat lelah dahulu didunia ini dengan memaksimumkan amal ibadah dan menyediakan masa untuk bekerja demi mendaulatkan agama Allah swt, semoga kita dapat bersenang-lenang di akhirat kelak. Aamiiin♡
🐊Ust naim
TELEGRAM :
Sila klik link di bawah ini untuk JOIN👇:
https://t.me/tadabburkalamullah
FB PAGE:
https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim
BLOG :
https://tadabburkalamullah.wordpress.com
No comments:
Post a Comment