BANGKOK: Seorang usahawan durian menawarkan wang tunai 10 juta baht (RM1.28 juta) termasuk asetnya kepada mana-mana lelaki bertuah yang boleh memikat hati anak perempuannya untuk dijadikan isteri.
Anont Rotthong dari selatan wilayah Chumphon, Thailand menulis di akaun Facebook untuk mencari pasangan anaknya, Kansita Rotthong, 26, selain mahu lelaki itu meneruskan perniagaan duriannya.
“Mereka yang tahu bagaimana untuk membeli dan memilih durian dari kebun buah boleh memperisterikan anak saya.
“Saya tidak meminta satu sen pun sebaliknya saya akan memberinya wang tunai 10 juta baht, 10 kereta, sebuah rumah, dua pasar durian dan anak perempuan yang memiliki berpendidikan tinggi dari Universiti Assumption dan Universiti Sun Yat-sen, China,” tulisnya kelmarin.
Menurutnya, dia sebenarnya ingin bersara dan menyerahkan perniagaannya yang turut mengeksport durian kepada bakal menantu.
Sementara itu, Kansita berkata, dia tidak sangka dengan tindakan bapanya itu yang pada mulanya disangkakan sebagai gurauan semata-mata.
“Saya ingat dia bergurau namun bapa benar-benar serius ingin mencari bakal menantu. Saya dan adik beradik lain menghormati keputusannya,” katanya
No comments:
Post a Comment