Perjalanan ITU yang dikatakan susah ke senang juga dizahirkan dari bengkok nak menjadi lurus mahupun ianya bermula dengan gelap yang akan disusuri terang kelak, yakinlah yang ITU adalah "ANUGERAH DARI ILAHI" Bersyukurlah wahai yang Empunya Diri.
Info Semasa Bersama Anda
▼
Tazkirah Ilmiah Buat Diri
▼
Doa-Doa & Zikir Amalan
▼
Koleksi blogger
▼
Kisah Tauladan Buat Diri
▼
Berita dalam dan luar negara
▼
Info Semasa Bersama Anda
▼
Kisah Petani Miskin
Dahulu kala ada seorang petani miskin yang memiliki seekor kuda putih yang sangat cantik dan gagah. Suatu hari, seorang saudagar kaya ingin membeli kuda itu dan menawarkan harga yang sangat tinggi. Sayangnya si petani miskin itu tidak menjualnya lalu kawan-kawannya mentertawa dan mengejeknya. Pada keesokan harinya, petani itu mendapati kudanya telah hilang dari kandang. Maka kawan-kawannya berkata : "Sungguh malang nasib engkau. Kalau semalam engkau jual kuda itu sudah tentu engkau sudah kaya sekarang. Sekarang kuda engkau sudah hilang". Si petani miskin hanya berdiam saja tanpa berkata apa-apa. Beberapa hari kemudian, kuda si petani yang hilang itu pulang semula bersama 5 ekor kuda liar yang lain. Lalu kawan-kawannya berkata: "Wah untungnya nasib engkau. Rupanya kuda yang hilang datang kembali membawa keuntungan". Si petani tetap hanya berdiam saja. Beberapa hari kemudian, anak si petani yang sedang melatih kuda-kuda baru itu dan sedang dia melatih dia terjatuh dan patah kakinya. Kawan-kawannya berkata : "Rupa-rupanya kuda-kuda itu membawa malang. Kesian anak engkau sekarang kerana kakinya patah". Si petani tetap berdiam tanpa berkata apa-apa. Seminggu kemudian terjadi peperangan di kawasan itu di mana semua anak muda di kampung di paksa untuk berperang kecuali anak petani tersebut kerana dia tidak boleh berjalan. Kawan-kawannya datang kepada si petani sambil menangis : "Untung sekali nasib engkau kerana anak engkau tidak turut berperang. Sedangkan kami kehilangan anak-anak kami". Lalu si petani berkata : "Janganlah engkau terlalu cepat membuat kesimpulan dengan mengatakan tentang nasib itu baik atau malang. Semuanya adalah suatu proses yang belum selesai. Bersyukur dan terima seadanya apa yang terjadi. Mungkin apa yang kelihatan baik hari ini belum tentu baik untuk hari esok. Dan apa yang buruk hari ini belum tentu buruk untuk hari esok. Tetapi yang pasti, ALLAH paling tahu apa yang terbaik buat kita. Apa yang perlu kita lakukan adalah mengucapkan syukur dalam segala hal, sebab itulah yang dikehendaki ALLAH di dalam hidup kita ini. "Jalan yang dibentangkan ALLAH belum tentu yang tercepat, dan bukan pula yang termudah. Tapi sudah pasti yang terbaik"
No comments:
Post a Comment