Info Semasa Bersama Anda

Tazkirah Ilmiah Buat Diri

Doa-Doa & Zikir Amalan

Koleksi blogger

Kisah Tauladan Buat Diri

Berita dalam dan luar negara

Info Semasa Bersama Anda

Penderhakaan Raja Firaun

Raja Firaun yang memerintah Mesir sekitar kelahiran Nabi Musa, adalah seorang raja yang zalim, kejam dan tidak berperikemanusiaan. Firaun memerintah negaranya dengan kekerasan, penindasan dan mekakukan sesuatu dengan sewenang-wenangnya. Rakyatnya hidup dalam ketakutan dan rasa tidak selamat tentang jiwa dan harta benda mereka, terutama Bani Israel yang menjadi hamba kekejaman, kezaliman dan bertindak sewenangnya daripada raja dan orang-orangnya. Mereka berasa tidak tenteram dan selalu dalam keadaan gelisah, walaupun berada dalam rumah mereka sendiri. Raja Firaun yang sedang mabuk kuasa yang tidak terbatas itu, bergelumang dalam kenikmatan dan kesenangan duniawi. Pada suatu hari beliau telah terkejut oleh ramalan seorang ahli nujum kerajaan yang dengan tiba-tiba datang mengadapnya dan memklumkan tentang firasat falaknya bahawa akan ada sseorang bayi lelaki akan dilahirkan dalam kalangan Bani Israil yang kelak akan menjadi musuh kerajaan bahkan akan membinasakannya. Raja Firaun mengeluarkan perintah agar semua bayi lelaki dibunuh. Setiap rumah dimasuki dan diselidiki dan setiap perempuan hamil menjadi perhatian mereka pada ketika melahirkan bayinya. Raja Firaun sesekali tidak terlintas dalam fikirannya yang kejam dan zalim itu bahawa kerajaannya yang megah, menurut apa yang tersirat dalam Lauhul Mahfudz, akan ditumbangkan oleh seorang bayi yang justeru diasuh dan dibesarkan dalam istananya sendiri, akan mewarisi kelak oleh umat Bani Israel yang dimusuhi, dihina, ditindas dan disekat kebebasannya. Bayi asuhan itu laksana bunga mawar yang tumbuh diantara duri-duri yang tajam atau laksana fajar yang timbul menyingsing dari tengah kegelapanyang mencengkam. Yukabad, isteri Imran bin Qahat bin Lawi bin Yaqub sedang duduk seorang diri di dalam satu sudut rumahnya menanti datangnya seorang bidan yang akan memberi pertolongan kepadanya melahirkan bayi dari dalam kandungannya itu, namun setelah diketahui oleh Yukabad bahawa bayi yang dilahirkannya itu lelaki, beiau berasa sedih dan khuatir bahawa bayinya yang comel dan bagus itu akan menimpa sesuatu yang tidak baik. Bidan merasa simpati dan berjanji akan merahsiakan kelahiran bayi itu. Dengan bertawakal kepada Allah s.w.t. dan kepercayaan penuh terhadap jaminan Ilahi, maka dilepaskannya peti bayi oleh Yukabad, setelah ditutup rapat dan dicat dengan warna hitam, terapung di permukaan Sungai Nil. Nak dijadikan cerita, alagkah cemasnya hati kakak Musa , ketika melihat dari jauh peti tersebut dijumpai oleh Puteri Raja yang kebetulan berada di tepi Sungai Nil bersantai bersama dayangnya. Raja Firaun ketika diberitahu oleh Asiah, isterinya, tentang bayi lelaki yang ditemui di dalam peti terapung itu, segera memrintahkan supaya dibunuh bayi itu. Akan tetapi Asiah yang sudah terlanjur menaruh simpati dan saying terhadap bayi yang comel dan manis itu, berkata kepada suaminya, “Janganlah bayi yang tidak berdosa ini dibunuh” aku saying kepadanya dan lebih baik kami ambilnya sebagai anak angkat. Menjadi kehairanan keranan bayi itu tidak mahu menetek susu dari sekian ramai inang yang didatangkan ke istana, datanglah kakak Musa menawarkan seorang inang lain yang mungkin diterima oleh bayi itu. Anjuran kakak Musa itu diterima oleh isteri Firaun maka dijemput Yukabad iaitu ibu kandung Musa. Sebaik sahaja bibir bayi menyentuh tetek Yukabad disedutlah air susu ibu kandungnya dengan lahapnya.Kemudian diserahkan Musa kepada Yukabad ibunya, untuk diasuh selama masa menetek dengan imbalan upah yang besar. Maka demikian terlaksanalah janji ALLAH S.W.T. KEPADA Yukabad bahawa beliau akan menerima kembali puteranya . Setelah selesai masa meneteknya, dikembalikan Musa oleh ibunya ke istana Raja Firaun.

No comments:

Post a Comment