Perjalanan ITU yang dikatakan susah ke senang juga dizahirkan dari bengkok nak menjadi lurus mahupun ianya bermula dengan gelap yang akan disusuri terang kelak, yakinlah yang ITU adalah "ANUGERAH DARI ILAHI" Bersyukurlah wahai yang Empunya Diri.
Info Semasa Bersama Anda
▼
Tazkirah Ilmiah Buat Diri
▼
Doa-Doa & Zikir Amalan
▼
Koleksi blogger
▼
Kisah Tauladan Buat Diri
▼
Berita dalam dan luar negara
▼
Info Semasa Bersama Anda
▼
Penderhakaan kaum Saba'
"Sesungguhnya bagi kaum Saba' ada tanda (kekuasaan ALLAH S.W.T. Di tempat kediaman mereka iaitu dua buah kebun di sebelah kanan dan kiri (kepada mereka dikatakan), 'Makanlah olehmu daripada rezeki yang (dianugerahkan) Tuhanmu dan bersyukurlah kamu kepada NYA. (Negerimu) adalah negeri yang baik dan (Tuhanmu) adalah Tuhan yang maha pengampun).' Tetapi mereka berpaling, maka kami datangkan kepada mereka banjir yang besar dan kami ganti kebun-kebun mereka dengan dua kebun yang ditumbuhi (pohon-pohon) yang berbuah pahit, pohon Atsl dan sedikit dari pohon Sidr. "
(Surah Saba', ayat 15-16).
Sumber tertua yang menyebutkan tentang kaum Saba' adalah catatan tahunan kejadian perang yang ditinggalkan dari masa Raja Asyiria Sargon II (722-705 sebelum masihi). Sargon mencatatkan bahawa orang-orang yang membayar cukai kepadanya, juga menyebutkan raja Saba' iaitu Yith'i-amara (It'amara).
Kaum Saba' adalah satu di antara empat peradaban besar yang hidup di Arab Saudi Selatan. Kaum ini dikatakan hidup sekitar 1000-750 sebelum Masihi dan hancur sekitar 550 Masihi setelah melalui serangan selama 2 abad dari Persia dan Arab. Masa kewujudan peradaban Saba' menjadi pokok perbicaraan daripada banyak diskusi. Kaum Saba' mulai mencatat kegiatan pemerintahannya sekitar 600 sebelum Masihi, inilah sebabnya tidak terdapat catatan tentang mereka sebelum tahun tersebut.
Ini bermakna bahawa sejarah Saba' mungkin lebih tua daripada yang disebutkan di atas. Dalam prasasti Arad-Nannar, seorang raja terakhir dari negara Ur, digunakan kata 'Sabum' yang bermakna 'Negeri Saba'. Jika kata ini Saba', maka ini menunjukkan bahawa sejarah Saba' mundur pada tahun 2500 Masihi.
Sumber sejarah menceritakan tentang Saba' biasanya mengatakan bahawa Saba' memiliki sebuah kebudayaan seperti Phoenician, khususnya mereka yang terlibat dalam kegiatan perdagangan. Menurut sumber ini, kaum Saba' memiliki dan mengatur sejumlah jalur perdagangan yang melintasi Arab Selatan. Biasanya orang-orang Saba' menjual hasil dagangannyake Mediteranian dan Gaza, demikian juga melintasi Arab Selatan,iaitu di tempat mereka mendapat izin dari Raja Sargon II penguasa dari seluruh wilayah atau dengan membayar cukai kepadanya. Ketika kaum Saba' mulai membayar cukai kepada kerajaan Assyiria, maka nama mereka mulai tercatat dalam sejarah negeri ini.
Kaum Saba' dikenali sebagai orang beradap dalam sejarah. Dalam prasasti para penguasa Saba', terdapat kata-kata seperti; :mengembalikan', 'mempersembahkan', dan 'membina' sering kali digunakan. Empangan Ma'rib yang menjadi salah aatu monumen terpenting daripada kaum ini. Ia adalah indikasi penting yang menunjukkan tingkatan teknologi yang diraih oleh kaum Saba'. Namun hal ini tidak bermakna bahawa angkatan bersenjata Saba' adalah lemah. Bala tentera Saba' adalah salah satu faktor terpenting yang memberikan sumbangan terhadap kelangsungan dan ketahanan kebudayaan mereka dalam jangka waktu yang lama tanpa runtuh.
No comments:
Post a Comment