Info Semasa Bersama Anda

Tazkirah Ilmiah Buat Diri

Doa-Doa & Zikir Amalan

Koleksi blogger

Kisah Tauladan Buat Diri

Berita dalam dan luar negara

Info Semasa Bersama Anda

Makluman Hospital Putrajaya

Assalamualaikum/Salam Sejahtera, YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan, Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. 2. Untuk makluman, Hospital Putrajaya (HPj) telah ditubuhkan pada tahun 2000 dan sehingga kini beroperasi dengan 397 buah katil. Statistik kehadiran pesakit luar yang mencecah sehingga 1,000 orang setiap hari, ditambah dengan warga kerja sedia ada sebanyak 2,000 orang menjadikan hospital ini sebagai kawasan tumpuan yang amat padat. 3. Walau bagaimanapun, surau sedia ada di HPj adalah kecil dan menyukarkan bilangan pelawat yang ramai menggunakan kemudahan tersebut. Selain itu, ketiadaan balai pelawat di HPj juga menyebabkan ramai waris pesakit yang datang daripada jauh terpaksa bermalam di lobi HPj. 4. Sehubungan dengan itu, pihak HPj dengan kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersetuju untuk menyediakan tanah kosong bersebelahan taman permainan kanak-kanak berhadapan lobi utama HPj sebagai tapak Surau dan Balai Pelawat yang akan digunakan secara bersama oleh pesakit, pelawat dan warga kerja HPj dan Institut Kanser Negara (IKN) yang berada bersebelahan. Untuk makluman, anggaran perbelanjaan bagi pembinaan Surau, balai pelawat dan TASKA tersebut adalah berjumlah RM6.01 juta berserta prasarana dengan kapasiti maksimum seramai 1,000 orang Jemaah. 6. Justeru, HPj dengan penuh pengharapan memohon YBhg. Datuk/Dato/Datin/Tuan/Puan memberikan sumbangan ikhlas bagi menampung pembiayaan Surau & Balai Pelawat. Mohon pihak YBhg. Datuk/Dato/Datin/Tuan/Puan memanjangkan hebahan ini juga kepada pihak lain yang berminat untuk menyumbang ke arah fisabilillah. Sumbangan boleh disalurkan kepada akaun seperti berikut: I. Nama Bank : Bank Islam Tabung Pembinaan Surau Ibnu Sina Hospital Putrajaya No Akaun: 16018010027944 atau II. Nama Bank : Bank Rakyat Surau Ibnu Sina Hospital Putrajaya No. Akuan: 110981002095 7. Perhatian dan kerjasama YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan berhubung perkara ini adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Bagi sebarang persoalan berhubung perkara ini boleh menghubungi Ustaz Kamaruzaman bin Abdul Aziz di talian 03-8312 1910, Ustazah Ummiaton binti Koronay di sambungan 4378 atau Puan Suziyana bt Sukri di talian 019-4300470. Sekian, terima kasih. Saya Yang Menjalankan Amanah. Hjh Noorhayati bt. Hj. Amin Timbalan Pengarah (Pengurusan) Hospital Putrajaya Presint 7 62250 Putrajaya Tel.:03-83145586 Fax:03-88880137 Walaupun tidak menderma harap share untuk kebaikan bersama. Semoga dilimpahkan pahala berlipat kali ganda. Sumber whatsup Admin Share 3/3/19 (1300pm)

No comments:

Post a Comment