Gambar sebagai ilustrasi
Mendapat maklumat pada pukul 5.30pm 6/3/2019 bahawa info yang sedang viral itu adalah tidak benar
INFO PALSU YANG TERSEBAR
Perhatian!!!
Perhatian!!!
HENTIKAN VIRAL INI
#Tidur dalam kubur yang terbuka hanya bertutup liang lahad selama 8jam pada malam hari sehingga subuh...
Bertempat:Kawasan perkuburan ulu langat
Tarikh : 5petang 23 Mac 2019
Hadiah Pertama :Pakej Umrah dan wang tunai Rm5000
Hadiah kedua : Wang tunai Rm3000 dan cenderamata
Hadiah ketiga : Wang tunai Rm1000
Perdaftaran boleh hubungi Encik Selamat
Di Talian 017 8229029
#Subjektif utama pertandingan adalah untuk kesedaran kita sesama umat islam dalam kehidupan pasti ada kematian subanallah
Tarikh tutup 20 Mac 2019
👮♂️🚔
*Mohon pihak PDRM buat siasatan segera berkaitan kesahihan info tersebut..
#soklusakitapunmasukjugaliangtu
#jangankecam
#duniaakhirzamandah
#sahihkeidaknakkenasiasatlah
Info
*Pelajar mangsa Pertandingan Tidur Dalam Kubur*
Nur Izzati Izzah Nadzi
06 Mac 2019 3:55 PM
KUALA LUMPUR 6 Mac - “Saya tidak tahu langsung tentang benda ini. Ada orang yang viral dan letak nombor telefon,” jelas seorang wanita yang menjadi mangsa selepas nombor telefon miliknya disalahguna sebagai pengendali Pertandingan Tidur Dalam Kubur.
Melalui status yang dikongsikan di laman Facebook milik Julie Christine Martin, dia mendakwa menjadi mangsa individu perbuatan tidak bertanggungjawab dan merayu orang ramai menyebar mesej berkenaan dan tidak menghubunginya mengenai hal itu.
“Saya masih seorang pelajar dan awal pagi ada yang menelefon dan mesej mengenai benda yang mengarut ini.
“Jika kamu semua mahu ma**, silakan. Jangan melibatkan saya dalam pertandingan ini. Saya sedang mencari siapa yang tularkan nombor saya dan mahu membuat laporan polis, terima kasih,” tulis Julie yang kini mengikuti pengajian di peringkat diploma jurusan kejururawatan di sebuah universiti tempatan di Sabah.
Dalam mesej WhatsApp yang tular hari ini, orang ramai berkongsi pertandingan menawarkan hadiah lumayan berupa pakej umrah dan wang tunai RM5,000 kepada sesiapa yang boleh tidur selama lapan jam di dalam kubur.
“Pertandingan Tidur Dalam Kubur, tidur dalam kubur yang terbuka hanya bertutup liang lahad selama lapan jam pada malam hari sehingga subuh.
“Bertempat di kawasan perkuburan Hulu Langat, bertarikh 23 Mac 2019, 5 petang. Hadiah pertama, pakej umrah dan wang tunai RM5,000. Hadiah kedua, wang tunai RM3,000 dan cenderamata manakala hadiah ketiga, wang tunai RM1000.
“Pendaftaran boleh menghubungi Encik Selamat di talian 017-822 9029 (nombor telefon milik Julie),” tulis individu yang menjadi dalang penyebaran berita pertandingan palsu itu.
Sumber- UTUSAN ONLINE
Update Info
20.51 pm
6.3.2019
📢Tolong sampaikan pada rakan-rakan info tersebut adalah PALSU. Sama-samaah kita membantu kepada perkara yang sebenar.
#nayapunyakessiapapunyakejenie
#menganiayaorangnantimakandiri
***PALSU PALSU PALSU***
Sumber: whatsup
Status : viral palsu tersebar
No comments:
Post a Comment