Info Semasa Bersama Anda

Tazkirah Ilmiah Buat Diri

Doa-Doa & Zikir Amalan

Koleksi blogger

Kisah Tauladan Buat Diri

Berita dalam dan luar negara

Info Semasa Bersama Anda

Adik Beradik Kandung Tiada Gantinya

Diceritakan alHajjaj pernah menangkap dan memenjarakan 3 org penjenayah. Lalu dijatuhkan hukuman bunuh ke atas mereka bertiga. Sebaik-sahaja ketiga2 penjenayah itu dibawa ke hadapan tukang pancung, alHajjaj terlihat seorang wanita cantik menangis teresak-esak. Kata alHajjaj: "Bawakan wanita itu ke mari." Wanita itupun dibawa ke hadapan alHajjaj. Kata alHajjaj: "Apa yg menyebabkan kamu menangis?" Jawab wanita itu: "mereka bertiga yg engkau telah jatuhkan hukuman pancung itu, salah seorgnya adalah suamiku, seorg lagi saudara kandungku dan seorg lagi adalah anak, buah hatiku, bagaimana aku tidak menangis?" Simpati dgn wanita tersebut, alHajjaj bersetuju utk memberi kemaafan kpd salah seorg dr mereka bertiga yg lebih disayangi olehnya. Kata alHajjaj: "pilihlah mana2 salah seorg dr mereka bertiga utk diberikan kemaafan." alHajjaj menyangka sudah tentu wanita tersebut akan memilih anaknya. Suasana menjadi senyap seketika. Semua penglihatan tertumpu kpd wanita tersebut, siapakah yg akan dipilihnya utk mendapat keampunan dan bebas dr hukuman pancung? Tiba2 wanita itu bersuara memecahkan kesunyian, kata beliau: "AKU MEMILIH SAUDARA KANDUNGKU." Terpanjat alHajjaj... dgn segera beliau bertanya kenapa kamu memilih saudaramu? Tidak yang lain? Jawab wanita itu dgn bijaksana: "Adapun suami itu masih ada." iaitulah suami boleh sahaja diperolehi dgn mengahwini lelaki yang lain. Adapun anak, boleh sahaja dilahirkan lagi. Manakala saudara kandung adalah suatu yg tidak mungkin diperolehi lagi, kerana mustahil utk aku menghidupkan semula bapa dan ibuku." alHajjaj berasa kagum dgn wanita tersebut lalu diberikan kemaafan kepada ketiga2 pesalah. Pengajaran: *Adik beradik kandung tiada gantinya. Biasanya kita tidak merasai nilai adik beradik kandung melainkan setelah mereka tiada. Justeru jagalah hubungan dgn mereka kerana ketiadaan mereka ini tiada GANTI nya lagi.* Biar Tahu Jangan Keliru Credit: Penulis Sumber: Whatsup nP

No comments:

Post a Comment