Perjalanan ITU yang dikatakan susah ke senang juga dizahirkan dari bengkok nak menjadi lurus mahupun ianya bermula dengan gelap yang akan disusuri terang kelak, yakinlah yang ITU adalah "ANUGERAH DARI ILAHI" Bersyukurlah wahai yang Empunya Diri.
Info Semasa Bersama Anda
▼
Tazkirah Ilmiah Buat Diri
▼
Doa-Doa & Zikir Amalan
▼
Koleksi blogger
▼
Kisah Tauladan Buat Diri
▼
Berita dalam dan luar negara
▼
Info Semasa Bersama Anda
▼
Celik Alquran (ref: sjmy19@gmail.com)
[03/03, 3:56 am] sjmy19@gmail.com:
π²πΎπ²πΎπ²πΎπ²πΎπ²πΎπ²πΎπ²πΎπ²πΎπ²πΎ
πππππππππ
*Ψ¨ِΨ³ۡΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩ
ِ Ω±ΩΩΩِ Ω±ΩΨ±َّΨۡΩΩ
َΩٰΩِ Ω±ΩΨ±َّΨِΩΩΩΩΩΩΩΩΩ
*
*Ψ§ΩΨ³ΩΨ§Ω
ΨΉΩΩΩΩ
ΩΨ±ΨΩ
Ψ© Ψ§ΩΩΩ ΩΨ¨Ψ±ΩΨ§ΨͺΩ..*
*Ψ§َΩΩَّΩُΩ
َّ Ψ΅َΩِّ ΨΉَΩَΩ Ψ³َΩِّΨ―ِΩَΨ§ Ω
ُΨَΩ
َّΨ―ٍ ΩَΨΉَΩَΩ Ψ’Ωِ Ψ³َΩِّΨ―ِΩَΨ§ Ω
ُΨَΩ
َّΨ―ٍ*
πππππππππ
-----------------------------------------------------
*π PROGRAM CINTA & CELIK Al-QUR'AN π‘*
----------------------------------------------------
π‘π‘π‘π‘π‘π‘π‘π‘π‘
*Kuliah Subuh Siri No.937*
π *AHAD*
*25/JamadilAkhir /1440H*
*3/March/2019*
*Surah ke 16 [ An-NaΔ₯l: 128 Ayat ]*
*[ Ayat : 11 - 20 ]*
*π Sila rujuk tafsir ibnu kathir.π*
*Jom kita baca 10 baris Ayat setiap hari, Semuga ia akan membawa Rahmat hidayah petunjuk Allah SWT , terbuka luasnya pintu-pintu rezeki dan memberi impak keberkatan didalam kehidupan kita ,In Sha Allah.*
*πCelik Al-Quran.π*
*Sabda Rasulullah SAW.*
*Bacalah Al- Quran ,Sesungguhnya ia akan datang dihari kiamat sebagai Syafa'at kepada pembacanya*
[ HR Muslim ] .
*Sebaik - baik kamu ialah yang belajar Al- Qur'an dan mengajarkannya*
[ HR Bukhari: 5027 ]
*Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat*
[ HR Ahmad, Bukhari, Tarmidzi ]
ππ‘ππ‘ππ‘ππ‘π
*FIRMAN ALLAH SWT yang bermaksud:*
*π‘Al-FΔtiΔ₯ah:1 - Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani*.
*π‘Δli `ImrΔn:138 - (Al-Quran) ini ialah penerangan kepada seluruh umat manusia, dan petunjuk serta pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa*.
*π‘Al-Qamar:17 - Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?*
*π‘Al-Baqarah:269 - Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya). Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya.*
*π‘FΔΕ£ir:28 - Dan demikian pula di antara manusia dan binatang-binatang yang melata serta binatang-binatang ternak, ada yang berlainan jenis dan warnanya? Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun*.
*π‘FΔΕ£ir:29 - Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian;*
*π‘FΔΕ£ir:30 - Supaya Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambahi mereka dari limpah kurniaNya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya)*.
*π‘FΔΕ£ir:31 - Dan Al-Quran yang Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad) ialah yang benar (segala-galanya) yang tetap mengesahkan Kitab-kitab yang diturunkan sebelumnya. Sesungguhnya Allah yg Maha Mengetahui dengan sedalam-dalamnya akan keadaan sekalian hambaNya, lagi Maha Melihat dan memerhatikan*.
*π‘FΔΕ£ir:32 - Kemudian Kami jadikan Al-Quran itu diwarisi oleh orang-orang yang Kami pilih dari kalangan hamba-hamba Kami; maka di antara mereka ada yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan tidak mengindahkan ajaran Al-Quran), dan di antaranya ada yang bersikap sederhana, dan di antaranya pula ada yang mendahului (orang lain) dalam berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu ialah limpah kurnia yang besar (dari Allah semata-mata)*.
*π‘Al-'AnbyΔ':35 - Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan*.
*Firman ALLAH SWT yang bermaksud;*
πAn-NaΔ₯l:11 - Ia juga menumbuhkan bagi kamu dengan sebab hujan itu tanaman-tanaman dan pokok-pokok zaitun dan tamar (kurma) serta anggur; dan juga dari segala jenis buah-buahan. Sesungguhnya yang demikian mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi kaum yang mahu berfikir.
πAn-NaΔ₯l:12 - Dan ia memudahkan bagi kamu malam dan siang, dan matahari serta bulan; dan bintang-bintang dimudahkan dengan perintahNya untuk keperluan-keperluan kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang membuktikan kebijaksanaan Allah) bagi kaum yang mahu memahaminya.
πAn-NaΔ₯l:13 - Dan apa-apa jua yang dijadikan untuk kamu di bumi yang berlainan jenisnya (dimudahkan juga untuk kegunaan kamu). Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi satu tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi kaum yang mahu mengingati nikmat Allah itu.
πAn-NaΔ₯l:14 - Dan Dia lah yang memudahkan laut, supaya kamu dapat makan daripadanya daging yang lembut hidup-hidup, dan dapat pula mengeluarkan daripadanya benda-benda perhiasan untuk kamu memakainya dan (selain itu) engkau melihat pula kapal-kapal belayar padanya; dan lagi supaya kamu dapat mencari rezeki dari limpah kurniaNya; dan supaya kamu bersyukur.
πAn-NaΔ₯l:15 - Dan Ia mengadakan di bumi gunung-ganang yang menetapnya supaya ia tidak menghayun-hayunkan kamu; dan Ia mengadakan sungai-sungai serta jalan-jalan lalu lalang, supaya kamu dapat sampai ke matlamat yang kamu tuju.
πAn-NaΔ₯l:16 - Dan (Ia mengadakan) tanda-tanda panduan jalan, dan dengan bintang-bintang (pada waktu malam) mereka dapat mengetahui arah yang hendak dituju.
πAn-NaΔ₯l:17 - Kalau sudah demikian, adakah Allah yang menciptakan semuanya itu sama seperti makhluk-makhluk yang tidak menciptakan sesuatu? Maka patutkah kamu lalai sehingga kamu tidak mahu beringat serta memikirkannya?
πAn-NaΔ₯l:18 - Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
πAn-NaΔ₯l:19 - Dan Allah mengetahui apa yang kamu sembunyikan dan apa yang kamu zahirkan.
πAn-NaΔ₯l:20 - Dan makhluk-makhluk yang mereka sembah selain dari Allah itu tidak dapat menciptakan sesuatupun, bahkah merekalah yang diciptakan.
To be continue.....
*π Teknokrat Muslim*π
πππππππππ
πππ°πππ°πππ°
No comments:
Post a Comment