Perjalanan ITU yang dikatakan susah ke senang juga dizahirkan dari bengkok nak menjadi lurus mahupun ianya bermula dengan gelap yang akan disusuri terang kelak, yakinlah yang ITU adalah "ANUGERAH DARI ILAHI" Bersyukurlah wahai yang Empunya Diri.
Info Semasa Bersama Anda
▼
Tazkirah Ilmiah Buat Diri
▼
Doa-Doa & Zikir Amalan
▼
Koleksi blogger
▼
Kisah Tauladan Buat Diri
▼
Berita dalam dan luar negara
▼
Info Semasa Bersama Anda
▼
3 Mac 2019
GLOBALππ²πΎ
(info terkini )Merapi kembali mengeluarkan awan panas, sedikitnya terjadi 7 kali guguran awan panas.
Sabtu 02 Maret 2019, 07:37 WIB Gunung Merapi mengeluarkan guguran awan panas pagi ini. Catatan Balai Penyelidikan dan Pengembangan Teknologi Kebencanaan Geologi (BPPTKG) terdapat 7 kali guguran awan panas.
Guguran awan panas Gunung Merapi terjadi dalam dua tahap. Tahap pertama terjadi 5 guguran awan panas. Gugura tahap kedua terjadi berselang 20 menit kemudian. Jarak luncur guguran mencapai 800 meter.
Awan panas guguran dan guguran lava berpotensi menimbulkan hujan abu, untuk itu Masyarakat dilereng Merapi diharap tetap tenang dan melakukan aktivitas seperti biasa, serta selalu mengantisipasi gangguan akibat abu vulkanik.
GLOBALππ²πΎ
Next
⏬
π½
π½
Cemas kaki terperosok di penutup longkang
ππ²πΎ
PEJALAN kaki cemas apabila kakinya tersekat antara jeriji besi penutup longkang ketika melalui hadapan pasar raya besar di Ayer Keroh, Melaka, hari ini.
Dalam kejadian jam 1.50 tengah hari itu, lelaki berusia 22 tahun berjalan di hadapan pasar raya besar sebelum kaki kirinya terperosok sehingga paras lutut.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh, Mohd Hamdan Sudin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.53 tengah hari dan sebuah jentera dengan kekuatan enam anggota termasuk pegawai dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Kami menggunakan peralatan hidraulik cutter spreader untuk merenggangkan besi itu dan lima minit kemudian, kaki mangsa berjaya dikeluarkan.
“Mangsa tidak mengalami kecederaan serius dan hanya melecet pada kaki,” katanya.
Beliau berkata, besi penutup longkang terbabit dipercayai jenis besi yang lembut dan boleh regang.
Justeru, beliau menasihati orang ramai, supaya lebih berhati-hati kerana setiap besi penutup longkang yang digunakan tidak mempunyai kualiti sama.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 Mac 2019 @ 5:24 PM
Mohd Hilmie Hussin
mohdhilmie@hmetro.com.myππ²πΎ
π½
π½
π½
KEADAAN kawasan tanah dan rumput yang kering di Pasir Putih, Putatan berikutan cuaca panas dan kekurangan hujan yang dialami di negeri Sabah ketika ini. Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan fenomena ini akan berterusan sehingga akhir April depan.
2.3.19ππ²πΎ
π½
π½
π½
Warga emas longlai, kaki tertusuk ranting
LELAKI warga emas ditemui dalam keadaan selamat selepas lebih 24 jam dilaporkan hilang ketika mencari buah kayu di Hutan Simpang Gunong Bongsu, Kulim.
Mangsa, Zainol Mohd Arshad, 72, ditemui dalam keadaan lemah dan tidak berjalan akibat kakinya tertusuk ranting.
Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim Hi-Tech, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Yusri Yusoff berkata, pihaknya menerima panggilan 11.51 pagi, hari ini, mengenai kehilangan mangsa.
Menurutnya, berdasarkan maklumat, Zainol dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak semalam selepas keluar mencari buah kayu pada 9.30 pagi.
“Pihak polis kemudian memohon bantuan bomba untuk mencari dan menyelamat.
“Mangsa cedera pada kaki kanan akibat tertusuk ranting kayu menyebabkan dia tidak boleh berjalan,” katanya ketika dihubungi wartawan Harian Metro, hari ini.
Mohd Yusri berkata, mangsa berjaya dibawa keluar pada 3.45 petang dan diserahkan pada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 Mac 2019 @ 8:06 PM
Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.myππ²πΎ
π½
π½
π½
No comments:
Post a Comment