Perjalanan ITU yang dikatakan susah ke senang juga dizahirkan dari bengkok nak menjadi lurus mahupun ianya bermula dengan gelap yang akan disusuri terang kelak, yakinlah yang ITU adalah "ANUGERAH DARI ILAHI" Bersyukurlah wahai yang Empunya Diri.
Info Semasa Bersama Anda
▼
Tazkirah Ilmiah Buat Diri
▼
Doa-Doa & Zikir Amalan
▼
Koleksi blogger
▼
Kisah Tauladan Buat Diri
▼
Berita dalam dan luar negara
▼
Info Semasa Bersama Anda
▼
Tindakan Berjimat Agensi Kerajaan Negeri Yang Mengundang Musibah
Bencana toksik: Berjimat tidak kena gaya?
Izzat Nasuruden
14 Mac 2019 12:22 PM
KUALA LUMPUR 14 Mac - Alasan kos pembersihan yang tinggi oleh agensi kerajaan sehingga membiarkan sisa kimia dan menyebabkan insiden pencemaran toksik di Sungai Kim Kim disifatkan sebagai tindakan tidak relevan dan tidak kena gaya.
Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (Awer), S. Piarapakaran berkata, perkara tersebut yang didedahkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) ternyata amat mengejutkan semua pihak dengan sikap sambil lewa agensi terlibat terhadap nyawa masyarakat.
“Kita amat terkejut dengan pendedahan Ketua Pengarah JBPM, Datuk Mohammad Hamdan berkenaan alasan kos pembersihan tinggi itu. Bagaimana agensi-agensi bertanggungjawab boleh membuat keputusan untuk membiarkan bahan kimia begitu saja.
“Seksyen 47 Akta Kualiti Alam Sekeliling memberikan kuasa kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk menuntut kos dan perbelanjaan. Awer telah menggesa penggunaan seksyen ini setiap kali pencemaran berlaku,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Semalam, Mohammad ketika bercakap dengan pemberita di Ipoh menegaskan yang tindakan membersihkan sisa toksik itu perlu diambil di peringkat awal kerana ia mendatangkan kemudaratan kepada komuniti setempat ekoran bahan kimia tersebut mempunyai reaksi aktif apabila berlaku cuaca panas selain tiupan angin.
Mengulas lanjut, berdasarkan kenyataan JBPM mengenai alasan penjimatan kos itu, Piarapakaran menggesa Kerajaan Persekutuan untuk menyiasat bencana toksik ini dengan telus dan mengambil tindakan terhadap menteri serta Ketua Pengarah agensi berkaitan serta merta atas kegagalan melindungi nyawa rakyat. - UTUSAN ONLINE
Credit: Penulis
Sumber: Whatsup
nP
No comments:
Post a Comment