Perjalanan ITU yang dikatakan susah ke senang juga dizahirkan dari bengkok nak menjadi lurus mahupun ianya bermula dengan gelap yang akan disusuri terang kelak, yakinlah yang ITU adalah "ANUGERAH DARI ILAHI" Bersyukurlah wahai yang Empunya Diri.
Info Semasa Bersama Anda
▼
Tazkirah Ilmiah Buat Diri
▼
Doa-Doa & Zikir Amalan
▼
Koleksi blogger
▼
Kisah Tauladan Buat Diri
▼
Berita dalam dan luar negara
▼
Info Semasa Bersama Anda
▼
Tasawuf Dua kalimah Syahadah
02 Mac 2019
ﺍﻟﺴَّﻼَﻡُ ﻋَﻠَﻴْﻜُﻢْ ﻭَﺭَﺣْﻤَﺔُ ﺍﻟﻠﻪِ ﻭَﺑَﺮَﻛَﺎﺗُﻪُ
ﺑِﺴْﻢِ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴﻢ
ﺍَﻟﻠﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻝِ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ
TANYALAH USTAZ TV3
(Da'i Azrin & Ustaz Roslan Mohamed)
TASAWUF :
DUA KALIMAH SYAHADAH
•••••••••••••••••••••••••••••••••••
Mudah²an kita semua dalam rahmat Allah kerana kita ada panduan kita iaitu kalimah syahadah.
Dua kalimah syahadah, awal kita hidup hingga ketika kita mati.
Inilah kalimah penyelamat kita.
ﺃَﺷْﻬَﺪُ ﺃَﻥْ ﻟَﺎﺇِﻟَــــﻪَ ﺇِﻟَّﺎ ﺍﻟﻠﻪُ ، ﻭَﺃَﺷْﻬَﺪُ ﺃَﻥَّ ﻣُﺤَﻤَّﺪًﺍ ﺭَﺳُﻮْﻝُ ﺍﻟﻠﻪِ
Aku percaya Allah maha esa dan aku naik saksi Nabi Muhammad utusan Allah.
Kalimah ini adalah pintu masuk agama.
Rukun pertama dalam rukun islam.
Kalau tak ada kalimah syahadah kita tak ada pahala jika kita buat ibadah.
Kalimah ini adalah kalimah yg Nabi perjuangkan.
NABI SURUH SEMBAH ALLAH DAN JANGAN SYIRIK PADA ALLAH DAN AKU PESURUH ALLAH.
Nabi kata aku diminta berdakwah pada manusia dgn kalimah.
ﺃَﺷْﻬَﺪُ ﺃَﻥْ ﻟَﺎﺇِﻟَــــﻪَ ﺇِﻟَّﺎ ﺍﻟﻠﻪُ ، ﻭَﺃَﺷْﻬَﺪُ ﺃَﻥَّ ﻣُﺤَﻤَّﺪًﺍ ﺭَﺳُﻮْﻝُ ﺍﻟﻠﻪِ
Datang Nabi utk bina manusia dgn kalimah syahadah.
Tahu tentang hari perhitungan,syurga dan neraka.
Nabi nak kita ada pegangan dalam hidup.
PEGANGAN HIDUP KITA ADALAH ALLAH DAN NABI.
Kita akan selamat dari bencana dan musibah.
Manusia mesti kembali pada Allah.
Kita tak boleh ada sikap angkuh dan sombong.
PINTU MASUK DALAM AGAMA ADALAH
ﺃَﺷْﻬَﺪُ ﺃَﻥْ ﻟَﺎﺇِﻟَــــﻪَ ﺇِﻟَّﺎ ﺍﻟﻠﻪُ ، ﻭَﺃَﺷْﻬَﺪُ ﺃَﻥَّ ﻣُﺤَﻤَّﺪًﺍ ﺭَﺳُﻮْﻝُ ﺍﻟﻠﻪِ
🔵ADA TIGA PINTU YG DIBUKA UTK KITA:
1)Pintu Akidah(Allah maha esa dan Nabi utusan Allah)
2)Pintu iman(keyakinan pada Allah dan perintah Allah)
3)Pintu amal(Dalam hidup kita mesti beramal)
ORG YG ADA AKIDAH AKAN TAKUT BUAT BENDA HARAM KERANA TAHU ITU ADALAH DOSA.
SIAPAKAH MANUSIA YG MULA² MENGUCAP KALIMAH SYAHADAH DAN
🔴APA KEPENTINGAN UCAP KALIMAH SYAHADAH PADA ORG ISLAM?
🔵Ketika Allah ciptakan Adam,Adam yakin Allah Tuhan yg maha pencipta.
Iblis dan syaitan juga pernah mengaku Allah sebagai Tuhan tapi mereka akhirnya pilih jalan yg salah.
Kepentingan sebut kalimah syahadah ialah:
1)Supaya kita kenal Allah.
2)Supaya kita dekati Allah.
3)Akidah adalah penyelamat kita di padang mahsyar.
🔴SAUDARA BARU WAJIB MELAFAZKAN SYAHADAH DAN BOLEHKAH UCAP SYAHADAH DALAM BAHASA YG DIA FAHAM ATAU KENA UCAP JUGA DALAM BAHASA ARAB?
🔵Yg penting kita ajar dan boleh beri terjemahan.
Lafaz kena sebut kalau tak boleh tak pe sebab lidah pelat dan boleh sebut terjemahan.
🔴APA KAITAN KALIMAH INI DILAFAZ DALAM SOLAT DAN APA HIKMAH SYAHADAH DALAM AZAN?
🔵Solat adalah ikatan langsung dari hamba kepada Tuhan.
Saat paling hampir kita dgn Tuhan adalah ketika sujud.
Syahadah dalam solat adalah utk jernihkan hati dan org yg berdosa bila solat akan dapat hapuskan dosa.
SIAPA YG RASA HATI TAK TENANG,SOLATLAH.
Dalam azan ada kalimah syahadah kerana Allah maha kaya,Allah yg ajar azan kepada Nabi.
Azan adalah utk ingatkan supaya masyarakat besarkan Allah.
🔴APAKAH DGN KEIMANAN DAN KETAQWAAN,KITA DAPAT SEBUT KALIMAH SYAHADAH KETIKA KITA NAK MATI?
🔵Dalam kita jaga ibadah dan jaga amal,kita memang mengharap husnul khatimah.
Mudah²an kita boleh sebut..
ﺃَﺷْﻬَﺪُ ﺃَﻥْ ﻟَﺎﺇِﻟَــــﻪَ ﺇِﻟَّﺎ ﺍﻟﻠﻪُ ، ﻭَﺃَﺷْﻬَﺪُ ﺃَﻥَّ ﻣُﺤَﻤَّﺪًﺍ ﺭَﺳُﻮْﻝُ ﺍﻟﻠﻪِ
ketika kita nak mati.
Sesiapa penghujungnya dapat sebut kalimah ﻟَﺎﺇِﻟَــــﻪَ ﺇِﻟَّﺎ ﺍﻟﻠﻪُ dijamin syurga.
KITA TAK BOLEH HAFAL TAPI SEMUANYA BERGANTUNG PADA AMALAN.
TAK BOLEH HAFAL ﻟَﺎﺇِﻟَــــﻪَ ﺇِﻟَّﺎ ﺍﻟﻠﻪُ TAPI TAK BERAMAL.
NAK MATI YG BAIK,HIDUP MESTI BUAT YG BAIK.
🔴SEMUA ORG MENGUCAP KALIMAH SYAHADAH TAPI KEADAAN KITA TAK SELARI DARI APA YG KITA UCAPKAN,BAGAIMANA STATUS KITA?
🔵Kita ada kelemahan tersendiri.
Kata imam Al~Ghazali sebaik~baik awal kehidupan adalah dgn ilmu.
Kita kena memahami dan mengerti apa yg kita ucapkan itu.
Bila kita dah memahami, kita kena beramal.
Bila kita ada kefahaman yg mendalam dgn kalimah ini,kita akan jaga dan tak terkeluar dari kehidupan kita.
BARANGSIAPA YG ALAH NAKKAN KEBAIKAN PADANYA,ALLAH AKAN FAHAMKANNYA TENTANG AGAMA.
🔴APAKAH DOSA SYIRIK BOLEH TERBATAL KALIMAH SYAHADAH DAN PERLUKAN DILAFAZ SEMULA?
🔵Syirik adalah musuh dalam agama.
Syirik adalah menduakan Allah dan jenayah pada Allah.
Syirik akan menjadikan Allah tak ampunkan dosa²nya.
DIA KENA MENGULANGI SEMULA KALIMAH SYAHADAH DAN BERTAUBAT NASUHA,ALLAH AKAN TERIMA DIA KEMBALI.
Allah maha pengampun dan maha penyayang.
MUDAH²AN MENYERAP DALAM HATI KITA
ﺃَﺷْﻬَﺪُ ﺃَﻥْ ﻟَﺎﺇِﻟَــــﻪَ ﺇِﻟَّﺎ ﺍﻟﻠﻪُ ، ﻭَﺃَﺷْﻬَﺪُ ﺃَﻥَّ ﻣُﺤَﻤَّﺪًﺍ ﺭَﺳُﻮْﻝُ ﺍﻟﻠﻪِ
SUPAYA KITA TAKUT PADA ALLAH.
DALAM KALIMAH SYAHADAH ADALAH UTK KITA KEMBALI KEPADA JALAN KEBAIKAN.
Daripada jahat kepada baik.
Org yg cuba jaga syahadah akan dapat jaga kehidupan.
Org yg jaga syahadah akan menjadikan hatinya bersih dan suka buat kebaikan.
Hati jadi tenang dan lapang.
Ingat Allah hati jadi tenang.
Kalimah syahdah diucap supaya akan menjana iman dan taqwa.
Allah kata org beriman dan percaya pada Nabi serta tak syirik,org ini adalah org yg benar(org yg jaga ibadah).
🔴APA PATUT KITA BUAT PADA ORG YG TAK NAK MENGUCAP KALIMAH SYAHADAH?
🔵Kalau dia non muslim,kita tak boleh paksa dia mengucap kalimah syahadah.
Org islam yg tak nak ucap kalimah syahdah ialah org yg tak solat dan BERDOSA BESAR dan kita kena ajak dan bimbing dia.
Betulkan balik hidupnya.
KALAU DIA ORG ISLAM YG SENGAJA TAK NAK MENGUCAP KALIMAH SYAHADAH(cth dia kata buat apa nak ucap) BERMAKNA DIA DAH MURTAD DAN KITA KENA AJAK DIA KEMBALI PADA ISLAM.
DOAKAN ALLAH BERI HIDAYAH PADA DIA DAN DOAKAN JUGA ALLAH KEKALKAN HIDAYAH YG ADA PADA KITA.
SYARAT ORG YG NAK MASUK ISLAM IALAH UCAP KALIMAH SYAHADAH,
🔴BAGAIMANA DGN ORG BISU NAK UCAP KALIMAH SYAHADAH?
🔵Nak masuk islam perlu ucap kalimah syahadah.
Bagi org bisu dan pekak akan diajar melalui bahasa isyarat.
Mereka juga berhak masuk islam.
Sama juga org bisu dan pekak yg utk berkahwin.
Ada cara²nya dan akan ada org yg boleh melatih mereka.
JANGAN TURUT JEJAK SYAITAN,
🔴APA KAITAN AYAT 208 DALAM SURAH AL~BAQARAH DGN KALIMAH SYAHADAH?
🔵Wahai org beriman masuklah dalam islam keseluruhannya.
Ini bermakna masuk islam dgn keimanan,ketaatan,mematuhi dan merapati.
JGN IKUT LANGKAH SYAITAN.
YG ROSAKKAN HIDUP KITA KERANA HATI KITA TAK BERSIH.
MESTI PERKEMASKAN AKIDAH.
BILA KITA SEBUT
ﺃَﺷْﻬَﺪُ ﺃَﻥْ ﻟَﺎﺇِﻟَــــﻪَ ﺇِﻟَّﺎ ﺍﻟﻠﻪُ ، ﻭَﺃَﺷْﻬَﺪُ ﺃَﻥَّ ﻣُﺤَﻤَّﺪًﺍ ﺭَﺳُﻮْﻝُ ﺍﻟﻠﻪِ
KITA LETAKKAN DALAM HATI KITA TENTANG AZAB ALLAH.
ORG YG JAGA AKIDAH DIA AKAN SUKA BUAT KEBAIKAN DAN JAGA SOLAT,SUKA SEDEKAH KERANA KITA TAHU HARTA KITA BUKAN HAK KITA SEMUA.
JIKA DIA SEBELUM INI JAHAT DAN DAH INSAF SERTA SEBUT
ﺃَﺷْﻬَﺪُ ﺃَﻥْ ﻟَﺎﺇِﻟَــــﻪَ ﺇِﻟَّﺎ ﺍﻟﻠﻪُ ، ﻭَﺃَﺷْﻬَﺪُ ﺃَﻥَّ ﻣُﺤَﻤَّﺪًﺍ ﺭَﺳُﻮْﻝُ ﺍﻟﻠﻪِ
🔴APAKAHِ DIA KEMBALI BERSIH?
🔵Allah tak pernah zalim hamba²nya.
Seorang yg bukan islam dan masuk islam,akan bersih dari dosa selepas dia mengucap kalimah syahadah.
Jika kita islam dan terbuat jahat dan tiba² kembali ke pangkal jalan dia juga seolah~olah bersih dari dosa.
ORG YG BERTAUBAT SEMACAM ORG YG TAK ADA DOSA.
Allah maha kaya.
Allah tak akan sempitkan kita dgn dosa yg lama.
Maha pemurahnya Allah.
SEJAHAT MANA PUN DIA,ALLAH TENGOK SIAPA DIA YG SEKARANG.
JGN LEWAT² KEMBALI PADA ALLAH DAN BERSEGERALAH.
BILA ADA ORG NAK MASUK ISLAM,KITA AJAR DIA MENGUCAP SYAHADAH.
JIKA DIA KEMBALI DALAM HIDUP LAMA DIA,ITU ANTARA DIA DGN ALLAH DAN KITA TAK PERLU HUKUM DIA.
SYARAT² RUKUN SYAHADAH IALAH LAFAZ DGN TERANG DAN NYATA SERTA IKHLAS DALAM HATI.
🔴ORG YG PELUK ISLAM KERANA BERKAHWIN TAPI TAK BERAMAL,BAGAIMANA USTAZ?
🔵Kita kena berlapang dada.
Faktor perkahwinan juga antara faktor org peluk islam.
Sepatutnya pasangan kena ada usaha membimbing.
Jangan biarkan pasangan hanyut sahaja.
Beri nasihat dan rapatinya.
JGN HANYA NAK SERONOK NAK KAHWIN SAHAJA.
Ajar dgn hikmah dan jangan gopoh.
🔴BAGAIMANA UCAP SYAHADAH YG SEBENAR?
🔵Belajar dari org yg faham bahasa arab.
ﺃَﺷْﻬَﺪُ ﺃَﻥْ ﻟَﺎﺇِﻟَــــﻪَ ﺇِﻟَّﺎ ﺍﻟﻠﻪُ ، ﻭَﺃَﺷْﻬَﺪُ ﺃَﻥَّ ﻣُﺤَﻤَّﺪًﺍ ﺭَﺳُﻮْﻝُ ﺍﻟﻠﻪِ
Yg penting betul dan benar.
🔴APAKAH FADILAT UCAP KALIMAH SYAHADAH?
🔵Utk iktiraf Allah maha esa dan tunduk pada Allah.
Kenal Allah dan merapati Allah dgn jaga ibadat solat.
Fadilatnya juga kita akan selamat di padang mahsyar.
Dan bila diulang~ulang sebut kalimah syahadah akan makin suburkan iman kita.
Ucap kalimah syahadah supaya dapat bersihkan hati dari kekufuran.
Seronok nak buat ibadah.
Mengekalkan ucap kalimah syahadah supaya kita mati dalam iman.
Bila kita sebut kalimah syahadah kita juga perlu terjemahkan dgn buat amalan.
#InShaaAllah_Aamiin
#TanyalahUstazTV3
#BiarTahuJanganKeliru
#MOGA ILMUNYA BERKAT DAN BERMANFAAT
DI DUNIA DAN AKHIRAT...AAMIIN
No comments:
Post a Comment